Muzakarah Tarbiah Nasional (MTN 2011)

Tarbiah adalah teras kepada kejayaan dakwah IKRAM dan ianya menjadi tuntutan kepada semua pihak dalam IKRAM untuk berusaha gigih menghayati dan menjayakannya.

MTN 2011 telah dimulakan dengan ucaptama oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan disusuli dengan pembentangan oleh Pengerusi  JKT, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria serta Perunding Tarbiah IKRAM. Muzakarah ini menjadi medan untuk penggerak-penggerak tarbiah IKRAM dari seluruh negara berbincang dan bertukar-tukar pandangan bagi menjayakan agenda tarbiah IKRAM.

Sebanyak empat resolusi MTN 2011 berjaya dihasilkan. Antaranya, muzakarah bersetuju bahawa tarbiah di dalam IKRAM adalah satu teras utama kejayaan dakwah IKRAM  dan menjadi tuntutan semua pihak dalam IKRAM berusaha gigih menghayati dan menjayakaannya.

Muzakarah ini turut menuntut kerjasama menyeluruh semua pihak terdiri dari Jawatankuasa Pusat, Jawatankuasa Negeri dan Daerah memastikan persoalan tarbiah dijadikan agenda utama IKRAM.

Selain itu, muzakarah bersetuju bahawa tugas pemantauan dijadikan kemestian dan penumpuan berterusan di atas setiap perancangan tarbiah dan aktiviti yang dijalankan supaya dapat dipastikan menuju tujuan yang disasarkan. Muzakarah turut bersetuju agar semua ahli IKRAM melebarkan tarbiah ke medan masyarakat bagi menyebarkan penghayatan dan pengamalan Islam dengan mengambil asas keseimbangan tarbiah dan amal di medan.


Merealisasikan segala ilmu yang diperolehi daripada slot-slot pembentangan dalam muzakarah kali ini penting dalam menangani cabaran tarbiah semasa, kerana beramal dengan ilmu itu jauh lebih mencabar daripada proses mencari, mendengar dan memahaminya.

Semoga MTN 2011 dapat menyemarakkan lagi amal-amal tarbawi di segenap peringkat. Jawatankuasa Tarbiah setiap peringkat perlu memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bidang-bidang fokus yang telah gariskan sebagai petunjuk kepada aras pencapaian tarbiah yang telah ditetapkan dalam melahirkan generasi pendakwah akan datang.


Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia