Multaqa Muslimah tingkatkan kerjasama serantau

Dalam seminar yang dihadiri lebih 300 pemimpin wanita dari beberapa wilayah di sini, Timbalan Ketua Wanita IKRAM, Dr Hafidzah Mustakim berpeluang menjadi ahli panel forum yang bertajuk “Peranan Jalinan Organisasi Muslimah Dalam Membina Masyarakat”.

Dalam sesi bengkel yang diadakan, Dr Hafidzah dan Dr Zaharah Sulaiman, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Kelantan dilantik menjadi fasilitator dan pakar rujuk bagi tajuk-tajuk yang dibincangkan.

“Multaqa yang diadakan bukan sahaja dapat meningkatkan keupayaan dan kapasiti wanita tempatan malah berjaya meningkatkan jalinan kerjasama serantau antara wanita Thailand dan Malaysia,” ujar Dr Hafidzah.

“Syabas kepada rakan-rakan muslimah di Thailand yang berjaya mengumpulkan lebih 1,500 muslimah dari wilayah Selatan Thailand termasuk Andaman.”

    

Perkongsian Dr Zaharah, peserta yang hadir dan wakil-wakil NGO yang hadir 

Multaqa Muslimah yang berlangsung di Dewan Besar Sekolah Muslim Witthaya telah dirasmikan oleh Ketua Wilayah Phuket Noraphat yang mengalu-alukan penganjuran Multaqa ini yang berjaya menyatukan wanita Islam berbilang bahasa dan latar belakang dari pelbagai wilayah.

Beliau turut menyarankan agar peserta mengambil berat tentang pembinaan keluarga dengan menunjukkan contoh teladan yang baik kerana warga masyarakat yang baik datang daripada asuhan keluarga yang baik.

Majlis tersebut turut menyaksikan termeterainya perjanjian persefahaman antara Universiti Fatoni dan Majlis Islam Phuket dan jalinan kerjasama terbentuk antara 24 pertubuhan di wilayah ini.

Ketua Majlis Islam Phuket Norawhat, Ketua As-Salam Phuket Sommit dan Syeikh Dr Hj Ismail Lutfi serta pimpinan masyarakat lainnya juga hadir memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir, Hj Che Rahimi Samat, Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM sebagai wakil dari Malaysia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia