Mukhayyam Amilin Zon Utara uji ketahanan fizikal da’i

Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Sungguhpun mukhayyam banyak aktiviti fizikal, aktiviti rohani dan fikri seperti solat berjamaah, qiyamullail, membaca ma’thurat dan tazkirah tidak diabaikan bagi membentuk da’i yang seimbang fizikal, mental, intelektual dan spiritual dalam menggerakkan dakwah di tempat masing-masing.

Cabaran bermula pada pagi Sabtu 17 Julai. Peserta berjalan kaki dan menaiki bas untuk sampai ke tempat permulaan berakit. Setelah taklimat ringkas oleh urusetia, peserta dikehendaki menyiapkan rakit komando secara berkumpulan untuk menjayakan konvoi berakit melalui jeram dan arus deras yang berbatuan tajam di kuala Sungai Perak.

Setelah meredah jeram Sungai Perak yang penuh ranjau, melawan arus deras, menghadapi batu tajam dan balak tumbang selama dua jam, semua peserta dan urusetia berjaya berakit sampai ke destinasi iaitu di kem mukhayyam. Selesai berakit, semua peserta merasai pengalaman beraksi ‘flying fox’ yang turut disertai oleh peserta veteran, Ust Sayuti Ramli yang menaikkan semangat peserta lain walaupun letih berakit.

Tahniah kepada urusetia dan perserta MAZU ’11 kerana menjayakan mukhayyam bersejarah ini.


Gambar ihsan: Harryzan Yaakub

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia