Mu’arrifin Fil Islam: Latihan dakwah untuk mahasiswa pelbagai negara

GOMBAK – Kursus latihan dakwah “Mu’arrifin Fil Islam” kali pertama telah berlangsung sebanyak tiga siri selama 55 jam dalam kalangan mahasiswa bertempat di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini.

Kursus yang telah diadakan pada 26-28 Jun (Siri 1), Siri 2 pada 3-5 Julai dan Siri 3 pada 10-12 Julai 2015 ini menyasarkan mahasiswa khasnya dari UIAM yang datang dari negara-negara minoriti umat Islam seperti Kemboja, Filipina, Singapura dan Laos selain Jordan dan Malaysia sendiri yang diharapkan dapat melaksanakan usaha dakwah kepada non-Muslim apabila mereka kembali ke negara masing-masing kelak.

Kursus anjuran bersama Hidayah Centre Foundation (HCF), Islam Presentation Committe (IPC) of Kuwait dan CENSERVE UIAM ini telah mendapat penyertaan daripada 19 orang mahasiswa UIAM Gombak dan seorang mahasiswa SEGI University.

Dalam Siri 1, peserta mempelajari pendekatan dakwah dalam memperkenalkan akidah Islam, memahami agama Hindu, Buddha, fahaman atheis dan agnostik, personaliti manusia, nasihat untuk muallaf serta teknik diskusi, pujukan dan debat. 

Antara topik-topik yang telah disampaikan dalam Siri 2 ialah Understanding Other Religion, The Technique/Art of Dealing With New Muslims, The Techniques of Discussion, Persuasion and Debate, Electronic Dakwah dan The Art of Presenting Islam.

   

Kursus, Street Dakwah dan lawatan ke kuil Buddha

Dalam Siri 3 pula, dua slot dakwah praktikal telah diadakan iaitu Street Dakwah dan lawatan ke kuil Buddha. Slot Street Dakwah telah diadakan pada pagi Sabtu 11 Ogos 2015 yang dimulakan dengan sesi perkongsian serta role play dan para peserta kemudiannya dibawa ke kompleks membeli-belah Wangsa Walk di Wangsa Maju untuk melaksanakan aktiviti Street Dakwah di sana.

Pada petangnya, para peserta dibawa melawat Sri Lanka Buddhist Temple di Sentul di mana penerangan mengenai kuil dan agama Buddha telah disampaikan oleh pengerusi kuil tersebut, Encik Nelson. Menurut beliau, kuil ini telah mula didirikan pada tahun 1917 dan hampir mencecah usia 100 tahun. Dua aktiviti utama diadakan di kuil ini iaitu aktiviti berbentuk keagamaan dan kebajikan.

Keeseokannya dalam majlis penutup kursus, Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Hj Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester telah menyampaikan ucapan penutup seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta yang berjaya melalui keseluruhan kursus.

Latihan dakwah Mu’arrifin Fil Islam kali kedua akan diadakan pada 24-30 Ogos ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam kursus ini dapat menjadi bekalan untuk peserta menyampaikan dakwah apabila mereka pulang ke negara mereka nanti, insya-Allah.

Sumber | Siri 1 | Siri 2 | Siri 3

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia