MoU MyCARE-HCRD bantu pelarian Palestin melalui qurban

Majlis menandatangani MoU berlangsung di Pejabat MyCARE diwakili Pengurus Projek Khas NICE, Abdul Hafidz Hashim manakala HCRD diwakili oleh Eksekutif Pengurusnya Ahmad Yassin Hosseirami.

HCRD akan bertindak sebagai badan pelaksana yang akan mengurus dan mengagihkan bantuan qurban kepada pelarian Palestin yang berada di Lubnan hasil sumbangan dana daripada rakyat Malaysia yang dikumpul oleh IKRAM melalui program Qurban Kasih Ummah.

Hadir sama, Eksekutif Perhubungan Antarabangsa IKRAM, Ustaz Noorsyazly Rameli dan Pegawai Perhubungan Awam dan Pembangunan Sumber Kewangan HCRD, Ali Abdul Nasser Khalaf.

Ustaz Noorsyazly berkata IKRAM dan HCRD sudah beberapa kali menjalinkan usahasama dan kedua-dua pihak juga katanya bakal berkerjasama bagi projek Rayuan Ramadhan.

“Jalinan kerjasama ini bukan hanya bermusim sahaja tetapi sudah banyak aktiviti antara IKRAM melaui agensinya Aqsa Syarif yang kini dikenali sebagai MyCARE dan HCRD jayakan bersama. Antaranya program Back To School dan penajaan anak yatim Palestin di Lubnan,” katanya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia