MoU kerjasama Qurban Kasih Ummah-Aqsa Syarif-i4s dimeterai

Tuan Haji Yacob Tuan Sof mewakili Qurban Kasih Ummah sebagai pihak pertama manakala Dr Hafidzi Mohd Noor mewakili Aqsa Syarif Berhad dan juga IKRAM for Syria.

Majlis menandatangani MoU tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di sini yang disaksikan oleh Presiden IKRAM, Dr Parid Sheikh Ahmad.

Melalui MoU ini, pihak Aqsa Syarif bersetuju untuk melaksanakan Qurban Palestin 1435H dengan melaksanakan beberapa perkara, antaranya mereka dipertanggungjawabkan untuk berhubung dengan NGO pelaksana yang telah diluluskan oleh Jawantankuasa Perhubungan Antarabangsa IKRAM.

Pihak Aqsa Syarif pula perlu memastikan MoU ditandatangani serta mendapatkan harqa qurban, juga menghantar wang serta senarai nama untuk pelaksanaan qurban dan aqiqah kepada NGO pelaksana.

Selain itu, Aqsa Syarif juga diminta memastikan pelaksanaan qurban dan aqiqah dibuat dengan sempurna iaitu agihan dilaksanakan dengan baik serta menerima laporan daripada NGO pelaksana dalam masa dua minggu dari tarikh pelaksanaannya.

Aqsa Syarif juga diminta untuk menjalankan promosi pada setiap ‘roadshow’ dan ceramah yang dijalankan di seluruh negara serta menghantar semua borang dan penyertaan QKU pada kadar segera.

Bagi pihak QKU pula, mereka perlu menjalankan beberapa pekara iaitu menyediakan bahan bagi tujuan promosi serta mengadakan hebahan untuk program tersebut.

QKU juga dipertanggungjawbkan menyalurkan wang Qurban Palestin 1435H ini dan memberikan senarai nama peserta mengikut pembahagian haiwan kepada Aqsa Syarif.

MoU tersebut menyatakan, sebarang penyertaan yang dilakukan melalui akaun Aqsa Syarif hendaklah dimaklumkan kepada pihak QKU yang mana bayaran tersebut akan dikontra oleh pihak QKU ketika menyalurkan bayaran qurban dan aqiqah.

QKU juga akan menyalurkan 100 peratus bayaran yang diterima untuk program ini kepada Aqsa Syarif.

Tuan Haji Yacob berharap jalinan kerjasama antara dua pihak ini dapat dijalankan dengan lancar dalam misi membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia