Bahaya miskin adab

Manusia sering menyatakan bahawa sesuatu peristiwa atau tingkah laku berkait dengan pelbagai sebab dalaman mahupun sebab luaran.

 

Kebanyakan tingkah laku disebabkan pelaku itu tidak berfikir panjang tentang natijah yang bakal diterima kelak selepas sesuatu perkara yang dilakukan.

 

Persoalannya, mengapa tingkah laku seperti itu dilakukan atau apa yang menggerakkan serta yang mendorong sehingga perlakuan sedemikian berlaku berulang kali dalam masyarakat sekarang?

 

Tingkah laku jelek, tidak sopan sebenarnya tercetus disebabkan oleh naluri ingin mencapai sesuatu kehendak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ia tercetus disebabkan akal ditolak dan meletakkan nafsu sebagai raja di hati.

 

Golongan seperti itu boleh dianggap sebagai ‘miskin adab’. Bahkan kerana kepincangan akhlak melahirkan generasi yang tidak beradab dan beretika.

 

Sebagai contohnya, dalam satu kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini berkaitan dengan adab dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh seorang wanita yang digelar sebagai ‘Kak Long kawasan’ memperlihatkan kepincangan adab yang tidak sepatutnya ditunjukkan oleh seorang ibu di hadapan anak-anak.

 

Paling sedih apabila anak-anak juga turut cenderung mengikuti tingkah laku ibu mereka sedangkan anak-anak masih kecil lagi. Dalam kejadian tersebut, setiap kata-kata ibu itu diajuk kembali oleh anaknya. Justeru, benarlah kata pepatah, ‘Bagaimana acuan begitulah kuihnya.’

 

Pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ mengingatkan kita bahawa sebagai ibu bapa, wajib mendidik anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih. Ibu bapa adalah suri teladan menjadi acuan kepada kemenjadian anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

 

Sekiranya ibu bapa itu ‘miskin adab’, maka pendidikan adab itu sendiri tidak akan dapat disalurkan kepada anak-anak. Justeru, lahirlah anak-anak yang kurang baik akhlak dan adabnya.

 

Banyak kepincangan akhlak berlaku kepada generasi sekarang yang ‘miskin adab’ terutama dalam pergaulan seharian. Isu pelajar yang kurang ajar dengan guru, menggunakan kata-kata lucah, berkelakuan tidak senonoh di sekolah ataupun di luar sebenarnya dipengaruhi oleh ajaran ketika mereka berada di rumah.

 

Anak-anak melihat dan meniru perlakuan ibu bapa. Jika ibu bapa itu kaya dengan adab, maka lahirlah anak-anak yang terdidik dengan akhlak yang sopan dan terpuji. 

 

Sekiranya golongan ‘miskin adab’ ini dapat bermunasabah dan kembali kepada fitrah mengapa manusia itu diciptakan oleh Allah, barangkali ‘miskin adab’ ini dapat dihilangkan daripada akhlak manusia itu sendiri.

 

Mereka mesti ingat bahawa setiap orang yang beriman itu dituntut untuk mencontohi sifat-sifat yang terpuji. Hal ini demikian kerana, agama Islam amat menitikberatkan keindahan akhlak.

 

Disebabkan itu, antara sebab Nabi SAW diutuskan kepada umat manusia adalah untuk menyempurnakan keindahan akhlak. Hal ini disebut berdasarkan sebuah hadis yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya:

 

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.”  (HR Baihaqi, No. 21301)

 

Manusia perlu mempunyai sifat-sifat yang mahmudah (terpuji) serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (terkeji). Sifat mahmudah terbentuk apabila diri dapat diperkaya dengan akhlak yang terpuji berlandaskan hadis dan al-Quran.

 

Menjaga maruah dan tutur kata sesama makhluk, berbaik-baik sesama insan dan saling membantu di antara insan merupakan sifat-sifat yang akan mendatangkan kebaikan kepada hati insan itu sendiri. Secara tidak langsung apabila adanya sifat-sifat mahmudah ini akan menyingkirkan sifat-sifat mazmumah itu sendiri.

 

Tepuk dada tanyalah selera. Kepada golongan ‘miskin adab’ ini perlulah memperbetulkan amalan yang tidak baik ini untuk memberikan manfaat kepada generasi akan datang ke arah berakhlak mulia dan beradab sopan.

 

Jika kita tidak memperbetulkan segala kesalahan yang dilakukan sekarang maka bagaimana akhlak generasi akan datang pula?

 

Semuanya di tangan kita sendiri sama ada ingin berubah ke arah kebaikan atau tidak. Harus diingat, jika keadaan ‘miskin adab’ ini terus berleluasa, maka negara bakal menghadapi musibah pada masa akan datang.

 

Munsyi Md Rasul Haron

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia