Misi Flotila ke Gaza: Aktivis Malaysia Berlepas ke Istanbul

SEPANG – Aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan ‘Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla’ berlepas ke Istanbul, Turki, pagi ini.

Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.

Misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang turut meliputi aktivis dari seluruh negara antaranya Turki, Kanada, Itali, Australia, Norway, Afrika dan Sweden.

Menurut Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, harapan tinggi semoga misi ini berjalan lancar disandarkan kesemua anggota misi kemanusiaan dari Malaysia.

Sehubungan itu, Dr Kamal Nasharuddin mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mengiringi perjalanan bantuan kemanusiaan ini dengan doa.

“Kami mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan misi ini agar bantuan yang dibawa sampai ke perairan Gaza.

“Objektif utama MyCARE menyertai misi flotila ke Gaza adalah untuk membawa harapan masyarakat antarabangsa tanpa mengira agama dan bangsa dalam usaha untuk membebaskan Palestin daripada penindasan Zionis Israel,” kata beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Dalam misi ‘Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla’ ini, sebanyak tiga buah kapal termasuk sebuah kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang akan berlepas ke perairan Gaza.

Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans.

Para peserta misi antaranya Dr Kamal Nasharuddin (MyCARE), Dr Fauziah Mohd Hasan (FFC), Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (IKRAM), Dr Noorhasyimah Ismail (IKRAM), Pn Norsham Abu Bakar (FFC), Khalid Jimat (MyCARE) dan Farwina Faroque (BDS Malaysia).

Selaku rakan media rasmi, wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri dan jurukamera, Ab Uzza Latif bersama wartawan Bernama, Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera, Mohammad Nulhakim Jailan turut serta dalam misi ini bagi membawakan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Hadir mengiringi pelepasan aktivis flotila Gaza antaranya Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin, Setiausaha Agung, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari dan Penasihat Kehormat MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor.

Turut hadir Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Dr Ahmad Termizi Ramli dan Naib Ketua Pemuda AMANAH, Asmaalif Abdul Adam.

Sumber: Astro AWANI

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia