Misi A2G12-ER MyTruC Aid ke Gaza bawa bantuan RM2.56 juta

Aqsa Syarif memaklumkan bahawa misi kemanusiaan yang diberi nama A2G12 (Aqsa2Gaza 12) akan berlepas pada 2 Januari 2013 dan dijangka memasuki Gaza melalui sempadan Rafah, Mesir pada 3 Jan 2013. Misi ini adalah misi yang pertama yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif sebagai pembuka tirai kepada siri-siri bantuan kemanusiaan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2013.

Misi kali ini mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana ia melibatkan konvoi yang terdiri daripada 35 buah lori (muatan terkumpul 350 ton) yang akan membawa barang-barang makanan, ubat-ubatan, pakaian dan keperluan musim sejuk, peralatan sekolah dan juga bahan binaan. Misi ini adalah kesinambungan daripada Misi A2G10-ER dan A2G11-ER yang telah disempurnakan oleh Aqsa Syarif ekoran serangan terakhir rejim Israel pada 14 hingga 21 November 2012 yang lalu. Misi terbaru A2G12-ER ini melibatkan bantuan bernilai RM2.56 juta. Pecahan bantuan adalah seperti berikut

Bil   Item                                                                              Jumlah (RM)

1    Pembinaan semula rumah-rumah yang rosak                       1,000,000
2    Makanan                                                                             430,000
3    Bahan binaan                                                                      350,000
4    Selimut/Pakain musim sejuk                                                 350,000
5    Ubat-ubatan                                                                        300,000
6    Keperluan sekolah                                                                 60,000
7    Peralatan pelajar sekolah (beg sekolah, buku & alat tulis)         35,000
8    Lampu solar*                                                                       35,000

Jumlah keseluruhan                                                       RM2,560,000

*VPM (Viva Palestina Malaysia) turut menyumbang lampu solar sebanyak 3,000 unit dalam Misi A2G12.

Aqsa Syarif mengambil peluang daripada pengumuman yang dibuat oleh pihak berkuasa Mesir yang membenarkan kemasukan bahan-bahan binaan ke Gaza melalui sempadan Rafah. Bantuan daripada rakyat Malaysia berupa bahan binaan ini adalah yang kedua daripada masyarakat antarabangsa selepas bantuan dari Qatar yang baru sahaja memasuki Gaza pada 31 Disember 2012.

Foto: Anggota misi (wanita), Hj Ahmad Shafiai dan Prof Dr Mohamed Hatta.

Misi kali ini membabitkan program latihan psiko-sosial yang akan dikendalikan oleh Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom yang merupakan pakar psikiatri dari Kolej University Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) dan Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia. Beliau akan memulakan sesi latihan profesional kepada para doktor yang mengendalikan kes pasca trauma akibat peperangan terutama yang melibatkan golongan kanak-kanak. Seorang lagi doktor perubatan yang bersama dalam misi kali ini ialah Dr Zaharah Sulaiman. Beliau merupakan pakar perunding laktasi (penyusuan ibu) dan mengetuai delegasi Aqsa Syarif cawangan Australia yang terdiri daripada tiga orang sukarelawan.

Misi A2G12 juga menitipkan sumbangan terkumpul daripada pelajar-pelajar sekolah di Johor sebanyak RM60,000 untuk disalurkan bagi keperluan sekolah di Gaza. Kolej UNITI bersama BondaMama Kids Centers, satu Rangkaian Pendidikan UNITI yang terdapat di seluruh Malaysia, juga menyumbang khas kepada tadika anak-anak yatim untuk keperluan persekolahan mereka bernilai RM15,000.

Anggota misi kali ini melibatkan 26 orang sukarelawan yang akan diketuai oleh Tn Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif. Sukarelawan kali ini melibatkan warga Malaysia yang sedang menuntut di Australia (3 orang), Mesir (9 orang) dan UK (seorang yang mewakili Israa Institution).

Aqsa Syarif ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia yang tidak pernah luntur dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang dijajah dan ditindas oleh rejim Zionis Israel. Segala bantuan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia tetap disanjung dan dihargai oleh rakyat Palestin yang memerlukan.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif Berhad

Foto utama: Anggota Misi (lelaki)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia