MISI-3 hantar bantuan RM1.5 juta ke kem pelarian Syria, Yarmouk

MISI-3 yang bertemakan “Syria! Hentikan Kebuluran – Tamatkan Penderitaan” dengan saluran bantuan RM1.5 juta hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia, telah berlepas dari KLIA ke Amman, Jordan pagi tadi dan dijangka pulang ke Malaysia pada 29 Mac ini.

Turut hadir mengiringi pelepasan ialah Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, para aktivis i4S, AQSA dan ahli keluarga anggota misi.

Seramai 11 anggota menyertai MISI-3 yang diketuai sendiri oleh Pengerusi i4S dan AQSA, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor. Lima anggota telah berlepas pagi tadi sementara enam lagi akan menyertai anggota misi di Beirut dan dijangka memasuki Syria melalui jalan darat.

Dalam satu kenyataan media, anggota MISI-3 akan menyampaikan bantuan di kem pelarian Syria di Jordan, dengan kerjasama Ana Arabiy, sebuah program realiti mempelajari Bahasa Arab yang dijalankan oleh Arabic.com (Malaysia) di Jordan.

Selain itu, anggota MISI-3 akan turut menghantar bantuan kemanusiaan ke dalam kem pelarian Palestin yang terjejas akibat kepungan di Yarmouk, Damsyik dan kem sekitarnya dengan kerjasama NGO yang berpengkalan di Eropah iaitu Al-Wafa’ Foundation.

MISI-3 juga akan melakukan lawatan rasmi ke atas ke pejabat NGO-NGO yang menguruskan beberapa projek AQSA di Palestin dan Lubnan di samping mengenalpasti beberapa kerjasama dalam bentuk penyelidikan bersama Al-Zaytouna Institute, antara institusi terulung dalam bidang penyelidikan dan pendidikan dalam isu Palestin.

Anggota MISI-3 terdiri dari pelbagai latar belakang antaranya doktor perubatan, ahli akademik, jurutera dan sektor awam. Mereka adalah:

Ketua Misi: Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Timbalan Ketua Misi: Kamarul Zaman Shaharul Anwar (Pengurus Besar AQSA)

Anggota Misi:

  • Dr Mohd Tahir Abdul Rahman (BoT AQSA dan i4S)
  • Noorsyazly Rameli
  • Dr Mohd Afandi Salleh
  • Dr Mohamad Radhi Ahmad
  • Muhammad Ilyasa Yeong Muhamad Sazali
  • Salman Mohd Tahir
  • Zuraidah Kornain
  • Nurzaiti Hamdan
  • Muzlipah Aishah Pawanteh

IKRAM4Syria dan Aqsa Syarif turut merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia yang tidak jemu dalam membantu rakyat Palestin dan Syria.

“Doa dan sokongan rakyat Malaysia sangat diperlukan dalam menjayakan misi ini dan segala bantuan yang dihulurkan disanjung dan dihargai oleh rakyat Palestin dan Syria yang sangat memerlukan di dalam dan sekitarnya,” ujar Dr Hafidzi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia