MH370: Kenyataan media IKRAM Selangor

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Selangor memuji tindakan pantas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas.

Ini selaras dengan hasrat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk bersama dengan semua pihak yang bertekad memelihara kedudukan agama Islam, hak-hak umat Islam serta kedaulatan negara.

Walaupun kita semua cemas dalam situasi sebegini; namun perbuatan-perbuatan yang menyalahi agama, bid’ah, khurafat dan syirik tidak boleh dihalalkan.

Dalam mempromosi negara Malaysia sebagai sebuah Negara Contoh Pendekatan Wasatiyyah; apa yang berlaku di KLIA, aksi kumpulan bomoh tempoh hari, adalah sesuatu yang sangat memalukan negara.

IKRAM selaku NGO Islam yang sentiasa prihatin dan mengambil berat isu ummah dan negara sentiasa bersama menyokong dan mendokong tindakan yang bertujuan memelihara aqidah umat Islam di Malaysia terutamanya di negeri Selangor.

Oleh itu, IKRAM Negeri Selangor serta seluruh ahli-ahlinya secara berterusan mendoakan semoga pencarian pesawat penerbangan MAS MH370 akan berakhir dengan baik dan kesemua 239 penumpang dan krew selamat pulang ke tanah air.

Justeru, IKRAM Negeri Selangor menyeru seluruh umat Islam melakukan solat hajat tidak kira di mana jua berada samada di rumah, masjid/surau, pejabat, sekolah dan sebagainya bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

IKRAM Negeri Selangor, sangat bersimpati dengan kaum keluarga penumpang dan kru pesawat tersebut. Semoga kesabaran mereka dan keyakinan mereka kepada pertolongan Allah S.W.T. akan membuka pintu-pintu kebaikan buat mereka, negara dan seluruh penduduk dunia.

IKRAM Negeri Selangor juga mendoakan agar negara dan masyarakat terpelihara dari sebarang berita-berita palsu, konspirasi jahat dan musuh yang akan mengambil kesempatan dari isu yang melanda negara.

Ust Hj Hasanuddin Mohd Yunus

Yang Dipertua

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Selangor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia