Ketika ini kita diberi peluang bersama bermunajat kepada Allah. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak masjid untuk menghimpunkan ahli Ikram bersama-sama dengan masyarakat dan qariah masjid ini untuk kita melihat, mengulangkaji apa yang berlaku di Mesir.
Kita semua ketahui, sebaik wafatnya Rasulullah S.A.W, muncul kerajaan-kerajaan Islam, Khulafa Ar-Rasyidin, khilafah Bani Umayyah kerajaan Abbasiyah dan lain-lain. Sepanjang zaman ini, sistem khilafah wujud sehingga zaman sekarang.
Maka apabila jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah (kerajaan Islam terakhir), bangkitlah kesedaran para ulama’, untuk mengembalikan semula kerajaan islam.
Seorang Imam muda, as-Syahid Imam Hassan Al-Banna (IHAB) telah memulakan sebuah gerakan, iaitu gerakan al-Ikhwan al-Muslimun (IM). Dakwah disampaikan dengan begitu jelas dalam sekular yang pekat, beliau hasilkan buku dakwah sebagai rujukan dalam tanah air, luar negara untuk kembalikan semula Islam.
Pendekatan IM adalah gerakan aman dan kedamaian, bukannya pangkat dan kuasa, seperti mana yang disusun dalam al-Ma’thurat (kumpulan zikir dari Rasulullah SAW), dan Alhamdulillah perkara ini telah tersebar di Malaysia. Di dalam itu terdapat potongan ayat quran, yang mana semua ayat itu mereka begitu imani. Setiap hari mereka dan kita berdoa.
“Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan,
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan,
dari sesiapa yang Engkau kehendaki.”
“Engkaulah juga yang memuliakan,
sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang menghina sesiapa,
yang Engkau kehendaki.”
“Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja,
adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.” (Ali Imran: 26)
Maka IM bukannya gerakan yang mengejar kuasa, (tetapi) supaya mengenali agamanya, slogan yang terkenal, “Dirikanlah Islam dalam diri kamu, nescaya tertegaklah kerajaan Islam”.
Berpuluh tahun, dakwah dilakukan ketika dicengkam atau tidak. Sehingga kita dapati, zaman Husni Mubarak gagal menguruskan negara, 80% adalah rakyat miskin, sedangkan Terusan Suez itu jika dimanfaatkan, adalah lubuk perdagangan, jika cukai dikenakan, maka untunglah negara itu.
Ratusan ribu billion pound berhutang, ramai keciciran dalam pendidikan (hampir 30% adalah buta huruf), sehinggalah berlakulah Arab Spring.
Rakyat Arab ingin keluarkan dri mereka daripada kesulitan itu, IM tidak merancang untuk jatuhkan Husni, tetapi apabila melihat masyarakat begitu inginkan kebebasan, maka IM membuat keputusan utk bersama-sama rakyat, dan akhirnya terbukti, 25 Januari 2011, jatuhnya Husni Mubarak.
Setelah 18 hari, terbukalah negara demokrasi, tarikh 24 Jun terciptanya negara baru di Mesir, oleh Dr Mursi, seorang pakar akademik, seorang pakar kimia dan pernah bekerja di NASA. Beliau masuk bertanding Pilihanraya Presiden dan akhirnya menang mengatasi Ahmad Syafiq.
Tetapi pada 3 Julai 2013, kerajaan Mesir digulingkan oleh tentera.
Cukup sedih! PM Malaysia, DS Najib telah pergi bertemu Mursi, kemudian ke Gaza, tuan-tuan jangan lupa, Mesir adalah sempadan yang menjaga Gaza.
Sebelum itu, Gaza sekejap dibuka sekejap ditutup, saya juga turut berada di kapal Mavi Marmara, saya juga bekas banduan negara Israel, kerana perjuangkan Palestin.
Apa yang Mursi lakukan, Mursi buka sempadan itu, terbukalah bumi Gaza. Tetapi oleh kerana orang Yahudi ini berdendam, maka mereka telah merancang dengan begitu terperinci. Akhirnya, walaupun dikatakan si dia ini seorang yang berketurunan, kedudukan itu dirampas As-Sisi.
Maka rakyat bangkit sekali lagi! Mempertahankan Presiden mereka, yang tak pernah tinggal solat, tahu tak, driver beliau (Mursi) akan ambil di surau selepas solat Subuh sebelum ke pejabat.
Rakyat bangkit di medan terkenal, ‪#‎R4BIA (raba’a), 2,500 orang terbunuh di medan itu, untuk mempertahankan Presiden sah mereka, 200 wartawan terbunuh, 10,000 cedera. Masjid Fatah dibakar, hospital pun dibakar! Bumi Mesir yang pernah diduduki Firaun, seolah hidup semula. Gereja juga dibakar! Ada Kristian yang mahukan keamanan, sama-sama dalam perjuangan itu.
Apa yang berlaku, mereka tidak gentar. Tidak ada dari gerakan Ikhwan yang membalas, tiada sebiji peluru pun, yang ada ialah berdemonstrasi secara aman.
Hadis Nabi SAW (mafhumnya), “Jangan kau bercita-cita untuk bertembung musuh, kau penggal kepala musuh, mereka akan penggal kepala engkau. Mintalah kesejahteraan.”
Inilah yg diimani gerakan IM!
Dibumi itu, mereka tidak membalas, malah mereka syahid mempertahankan. Baru-baru ini, 529 orang dijatuhkan hukuman, kali pertama dijatuhkan hukuman mati tanpa ruang pihak pembela. Langsung tidak ikut prosedur!
Buat kali pertama, kita mendapati bahawa antara senarai mereka itu berada di luar negara (pada masa kejadian), tapi dikatakan mereka inilah yang membunuh. Paling pelik sekali, Dr Saad Katatni, seawal 3 Julai dipenjara, selepas 40 hari, iaitu 14 ogos, Dr Katatni masih dalam penjara tetapi dilibatkan dalam tuduhan!
Orang dalam penjara, dan di luar negara, dituduh membunuh. Ia satu fitnah yang menakutkan!
Ada pihak yang akan tentang, gerakan-gerakan dakwah. Alhamdulilah, pertamanya kita dapati kerajaan kita mempunyai dasar luar negara haram, kita masih mengharamkan untuk memasuki Israel, kita berharap kerajaan Malaysia tidak akan iktiraf kerajaan Mesir sekarang!
Kerajaan yang mengambil kuasa dari yang sah! Kalau Malaysia iktiraf, maka kita membenarkan cara yang salah itu.
Kedua, kita berharap kerajaan Malaysia mendesak hukuman tersebut itu, harapnya mereka dikeluarkan dari tuduhan berikut, atau dibicarakan mengikut undang-undang yang bertamadun.
KITA SANGAT MENGHARAPKAN PERKARA INI BERLAKU
Kita juga mengharapkan Malaysia melalui OIC, mendesak negara-negara Arab lain, untuk mendekatkan diri dengan Allah, hanya dengan ini, kerajaan yang baik akan lahir. Kita tidak mahu hak rakyat dinafikan, malah lebih jauh dari itu, tidak laksanakan Islam sepenuhnya.
Allah telah berjanji, Allah akan angkat orang-orang yang beriman dan beramal soleh, untuk memimpin di atas muka bumi. Sekiraya tidak, mereka tidak layak untuk terus memimpin mana-mana negara sekalipun.
Saya melalui pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia, bersama-sama kita semua sekarang ini, mengucapkan terima kasih kepada JK Masjid (Al-Hasanah), juga kepada Majlis Agama Daerah kerana memberi laluan.
Moga diterima Allah, moga kita dihimpunkan di syurga.
Esok, lusa, tulat, jangan jemu-jemu memohon kepada Allah semoga sistem pemerintahan yang diredhai Allah, dikembalikan. Semoga juga, kita sama-sama dapat membebaskan Masjidil Aqsa, dan juga Malaysia, supaya hidup kita di atas muka di bumi berada dalam keredhaan Allah.