Merokok di Tempat Makan: 30,648 Dikompaun Tahun Lalu

IPOH – Sebanyak 30,648 notis kesalahan merokok di premis makanan dengan nilai kompaun RM7.6 juta telah dikeluarkan sepanjang tahun lalu, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.

Menurutnya, lima negeri merekodkan pengeluaran notis tertinggi iaitu Selangor dengan 6,414 notis diikuti Johor (3,095), Pahang (2,935), Perak (2,808) dan Pulau Pinang (2,725).

Beliau berkata, bagi tempoh empat bulan pertama pada tahun ini pula, sejumlah 14,872 notis kesalahan merokok di premis makanan dikeluarkan membabitkan nilai kompaun sebanyak RM3.72 juta. 

“Operasi ini yang dijalankan di kawasan hotspot di seluruh negara menyasarkan tempat larangan seperti premis makan, dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam, premis kerajaan, kompleks membeli belah, tandas awam, pusat hiburan, klinik atau hospital serta kawasan rehat dan rawat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau 2004 yang dijalankan di sekitar Ipoh di sini malam tadi.

Mengulas mengenai operasi berkenaan, Dr Norhayati berkata sebanyak 424 notis kesalahan di bawah Seksyen 32B, Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan melibatkan kesalahan di bawah Peraturan 11 antaranya 202 notis di premis makan, kompleks beli-belah (108), kenderaan awam (34) serta premis kerajaan (28).

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa larangan merokok bukan bertujuan untuk menghukum golongan perokok tetapi ia dilaksanakan bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat tersebut kepada golongan perokok serta perokok pasif iaitu mereka yang berada di sekeliling perokok,” katanya.

Sumber: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia