Merokok Di Tempat Awam? Lapor Guna Aplikasi RepotLah!

SHAH ALAM – RepotLah, aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna melaporkan isu terus kepada pihak berkuasa, baru sahaja melancarkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR) untuk membasmi tabiat merokok di tempat awam.

Memorandum persefahaman telah ditandatangani bersama antara Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif RepotLah, Keasavan Hari Krishnan dan Pengarah Kempen SELBAR, Dr Mohd Afiq Mohd Nor dalam satu majlis semalam.

RepotLah adalah satu kaedah yang cekap untuk melaporkan isu termasuk isu jalan raya,  kesalahan trafik yang dimuat naik melalui kamera dashcam, pelupusan sisa haram dan kini, orang yang merokok di tempat awam.

Laporan itu kemudiannya akan disalurkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Idea di sebalik kerjasama ini adalah untuk melengkapkan bukan sahaja SELBAR, tetapi juga rakyat dengan alat digital yang boleh diguna pakai untuk melaporkan orang merokok di tempat awam. 

Kementerian Kesihatan menyatakan pada Ogos 2019 bahawa mereka yang merokok di kawasan larangan dan mereka yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib, bersama-sama dengan saman atau penjara.

Pada mulanya, masyarakat memandang serius perkara itu, tetapi apabila  penguatkuasaan tidak meluas, orang ramai mula melanggar peraturan.

“Dengan kehadiran RepotLah, kami berharap masyarakat Malaysia dapat menggunakan  sepenuhnya aplikasi mudah alih ini untuk membantu menguatkuasakan larangan merokok ini.” kata Dr Mohd Afiq yang juga Yang Dipertua Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).

Beliau melihat bahawa kerjasama antara RepotLah! Dan SELBAR sebagai satu usaha murni ke arah persekitaran bebas daripada asap rokok, di samping dapat memberi kesedaran tentang bahayanya merokok di tempat awam

“Bayangkan satu aplikasi yang memberi akses kepada sebarang isu yang anda hadapi — itulah rancangan RepotLah pada masa hadapan iaitu mendemokrasikan cara orang  menghantar laporan,” kata Pengasas dan CEO RepotLah, Keasavan. 

Ketua Pegawai Operasi RepotLah, Mohamed Feirdhauz Khairudin, pihaknya teruja untuk mengumumkan kerjasama bersama SELBAR dan dari situ, ia akan bekerjasama dengan NGO lain yang berkaitan untuk meluaskan rangkaiannya ke seluruh negara.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka dan berharap anda akan menyertai kami dalam kempen ini,” kata beliau. 

Aplikasi RepotLah disiarkan secara langsung pada Mei 2022 dan telah dimuat turun sebanyak 500  kali dengan 300 pengguna aktif setakat ini. Semua aduan telah disalurkan kepada pihak  berkuasa yang berkaitan dengan tindakan diambil ke atas mereka.

Aplikasi ini telah direka bentuk dan dibina untuk memberi suara kepada masyarakat dan mewujudkan sistem komunikasi yang mampan secara langsung antara komuniti dan jabatan kerajaan tempatan mereka. 

Aplikasi RepotLah boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan juga Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://repotlah.com/ atau  layari mana-mana akaun media sosial RepotLah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia