Menu Rahmah: Lebih 15,000 Restoran Tawar Harga RM5

Menu Rahmah: Lebih 15,000 Restoran Tawar Harga RM5 | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Mulai Selasa, lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40.

Ia selaras dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan, bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

“Menerusi inisiatif itu, diharap tiada lagi golongan sasar yang tidak mampu membeli makanan di restoran,” kata Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurutnya, lebih 15,000 restoran daripada tujuh persatuan pengusaha makanan dan minuman memberi komitmen mereka untuk menyediakan Menu Rahmah di premis masing-masing.

Persatuan tersebut antaranya Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) serta Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.

Pelaksanaan program juga membabitkan ahli Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Persatuan Peruncit Bumiputra Malaysia (BRO) , Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Peruncit Malaysia (MRA).

“Saya harap selepas ini, dapatlah golongan ini membeli makanan dan tidak lagi kelaparan kerana tidak mampu membeli makanan di restoran,” katanya selepas Majlis Pelancaran Menu Rahmah.

Beliau berkata, pihaknya juga pasti golongan yang berkemampuan tidak akan mengambil kesempatan memilih Menu Rahmah kerana mampu membeli sajian lain.

“Menu Rahmah adalah hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.”

Salahuddin berkata, bagaimanapun, daripada pemerhatian terdapat peniaga yang prihatin dengan mempelbagaikan menu lain seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, roti John dan shawarma.

“Untuk memudahkan rakyat, kita (KPDN) akan letak satu pelekat atau simbol Menu Rahmah di premis yang terlibat dan apabila mereka nampak menu itu, mereka boleh pergi dapatkan makanan.”

“Kita juga akan menguar-uarkan program ini dan saya minta pempengaruh di media sosial membantu kerajaan menyebarluaskan tentangnya supaya seluruh rakyat boleh menikmati menu ini,” katanya selepas melancarkan program menu itu di Pasar Raya Mydin Subang Jaya.

Beliau berkata, program tersebut akan dijalankan secara berterusan selagi ia mendapat kerjasama daripada premis yang bersedia memberikan perkhidmatan.

“Sekiranya mereka (pengusaha premis) tidak boleh mengekalkan (harga menu), mereka boleh beritahu kita (KPDN) supaya perbincangan boleh dibuat dari semasa ke semasa,  tapi setakat ini, mereka boleh laksanakan harga menu RM5 yang kita minta.”

“Selain itu, saya tidak fikir ada golongan (selain miskin tegar dan golongan memerlukan) yang akan mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan Menu Rahmah ini kerana mereka ada pilihan makanan lain.”

“Tetapi kalau mereka rasa di tengah bulan sudah kurang duit dalam poket, mereka juga boleh pilih Menu Rahmah kerana saya rasa mereka pun ada selera untuk memilih menu ini,” katanya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia