Menteri Kerja Raya lancar kempen House4Gaza

Turut hadir dalam majlis pelancaran di Hotel Marriott Putrajaya ini ialah Pengerusi MySET, Dato’ Abang Abdullah Abang Ali dan Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Kempen House4Gaza bertujuan untuk membiayai pembinaan ‘portacabin’ atau kabin mudah alih sebagai penempatan sementara bagi menggantikan 2,465 kediaman rakyat Palestin serta 14,667 rumah lain yang rosak akibat serangan terbaru rejim zionis. Ia akan membantu mereka melalui musim sejuk yang akan tiba pada bulan November ini.

Kabin tersebut akan dipasang di Gaza dan Jordan. Setiap kabin luasnya kira-kira 15 meter persegi atau 160 kaki persegi. Mahu tidak mahu, bahan-bahan mentah atau kabin yang lengkap perlu dibawa ke Gaza dari Jordan melalui Israel, menggunakan hubungan diplomatik antara Israel dan Jordan. Hingga kini, sebanyak 500 kabin mudah alih telah dipasang dan telah diduduki oleh 170 keluarga Palestin.

Bagi tujuan ini, Aqsa Syarif telah memperuntukkan RM650,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia manakala RM550,000 lagi adalah sumbangan oleh pelbagai syarikat dan konsesi di bawah jaringan Kementerian Kerja Raya iaitu PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Projek Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART), Belati Wangsa (M) Sdn Bhd dan IJM Corporation Bhd.

Dengan sasaran awal kutipan sumbangan berjumlah RM3.1 juta, Datuk Fadillah turut mengajak orang ramai serta badan-badan korporat untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada tabung pembangunan Gaza bagi meringankan beban penduduk Palestin.

Mereka yang berminat untuk menyumbang, boleh hulurkan sumbangan tersebut kepada HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD 5515-7500-4299 (akaun Maybank Islamic) atau 1209-2010-0349-04 (akaun Bank Islam) dan e-mel slip bayaran tersebut kepada [email protected] & [email protected].


3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia