Menghidupkan ruh Rahmatan Lil Alamin dalam masyarakat

Karnival ini dianjurkan IKRAM Kawasan Kajang dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Masjid Jamek Pekan Kajang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat, Polis Daerah Kajang dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Karnival yang dirasmikan Orang Besar Daerah Hulu Langat, YDH Dato Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat Abdul Jalil bin Dato Abdul Rani diserikan lagi dengan forum yang bertajuk “Bagaimana Membumikan Rahmatan Lil Alamin dalam kehidupan” oleh dua orang panelis terkenal, Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Dai Azam al-Kankari.

“Masyarakat kita pada hari ini hilang qudwah Rasulullah SAW, sepatutnya Rasulullah SAW menjadi role model dalam semua bidang,” kata Dr Mohd Daud.

Jelasnya, Mesej Rahmatan Lil Alamin yang dibawa oleh Rasulullah SAW untuk melestarikan kehidupan semua, bukan mesej mainan.

“Dan Allah campakkan perasaan rahmah kepada kita untuk kita sebarkan bukan sahaja kepada orang bukan islam, bahkan kepada binatang, alam sekitar dan sebagainya,” ujarnya.

    

Dr Mohd Daud, Dai Azam dan Dr Sharifah Hayaati

Sementara itu, Dai Azam menegaskan bahawa kita perlu menjadikan Rasulullah SAW sebagai role model dan perlu didik anak dan keluarga kita mencintai Rasulullah SAW dan mencontohi sifat rahmah Rasulullah SAW.

“Rahmah kepada semua harus disebarkan dalam masyarakat. Rahmah juga bukan bermaksud bersifat lemah, tetapi kita tegas dengan prinsip dan tidak keras,” tambahnya.

Selain itu juga, pada sebelah petang, hadirin dan pengunjung disajikan lagi dengan Ceramah Santai yang menarik dan menyentuh hati hadirin oleh Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail yang mengupas tentang “Rasulullah SAW sebagai agen Penyebar Rahmah”.

    

Pertandingan mewarna, bercerita dan azan

Selain forum dan ceramah, karnival yang julung kali diadakan ini disajikan dengan pelbagai acara menarik antaranya Pertandingan Mewarna, Bercerita, Azan, Tilawah, Fesyen Muslimah dan Menghias Cup Cake. Peserta kanak-kanak juga disajikan dengan tayangan filem “Muhammad The Last Prophet” pada sebelah petang.

Di samping itu, karnival ini turut dimeriahkan juga dengan cabutan bertuah serta pameran oleh beberapa agensi antaranya MyCARE, IKRAM MUSLEH, Unit Dana IKRAM Kajang, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Malaysian Against Pornography (MAP) dan pelbagai jualan.

Semoga ruh Rahmatan Lil Alamin dapat dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat dan masyarakat diharapkan dapat menjiwai erti rahmah kepada sekalian alam.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia