Menghadapi Dunia VUCA Dalam Pendidikan Anak-anak

Menghadapi Dunia VUCA Dalam Pendidikan Anak-anak | IKRAM

Perbincangan berkaitan VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity) atau ‘The New Norm’ bukan perkara baharu, ia telah menjadi topik perbincangan dunia pada awal tahun 2000 lagi.

Penggunaan VUCA mula diperkenalkan oleh Kolej Perang Tentera Amerika Syarikat untuk menggambarkan keadaan dunia yang tidak stabil (volatility), tidak pasti (uncertainty), rumit (complexity) dan kabur (ambiguity). 

Kepelbagaian arah tuju ini adalah hasil daripada tamatnya perang dingin yang dipetik daripada sebuah kertas kerja oleh Sekolah Perniagaan, Kenan-Flagler University of North Carolina.

Adaptasi dunia pendidikan menghadapi VUCA

Tidak terhad hanya kepada lambakan maklumat dan kepesatan teknologi sahaja, malah kehadiran dunia VUCA ini bakal merubah lanskap pendidikan 360 darjah dan akan memberikan impak yang sangat ketara kepada generasi hari ini dan akan datang.

Sudahkah kita sebagai salah seorang pemegang taruh kepada sektor pendidikan bersedia dengan kehadiran dunia VUCA ini? 

Dalam menghadapi dunia VUCA, tidak dapat tidak sektor pendidikan menjadi  tulang belakang bagi mencetak sumber manusia yang berkualiti.

Mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dipetik berkata semasa pelancaran Persidangan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Antarabangsa (ICELAM) yang pertama, di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, adalah penting bagi pendidik untuk terlebih dahulu menetapkan fikiran mereka, mencakupi keupayaan masing-masing dan menyediakan diri mereka untuk persekitaran yang sentiasa berubah-ubah yang dicirikan oleh VUCA.

Para pendidik dan pemimpin pendidikan seharusnya telah bersiap sedia untuk mempersiapkan dunia pendidikan dengan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi kelak. 

Pendidik dan pemimpin pendidikan perlu melaksanakan perancangan serta tindakan proaktif dengan membuat pelbagai kajian, mengumpulkan data yang berkaitan agar dapat merangka serta meramal dengan baik tentang pekerjaan yang masih relevan pada masa hadapan.

Sistem pendidikan hari ini haruslah ‘direjuvenasi’ (diberi nafas baru) agar dapat melahirkan para pelajar yang berketrampilan dan sesuai dengan bidang pekerjaan masa hadapan. Peluang-peluang baharu perlu diteroka supaya para pelajar dapat dipersiapkan lebih awal untuk memasuki dunia yang lebih mencabar kelak. 

Untuk merealisasikan perkara tersebut, dunia pendidikan perlu berinovasi bagi mencipta karakteristik pembelajaran yang fleksibel, dinamik, kreatif, inovatif dan cerdas agar dunia pendidikan dapat mencipta atmosfera pembelajaran yang bebas, kreatif, kompeten yang tidak lagi terperangkap hanya dalam ruang lingkup bilik-bilik darjah semata.

Kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar perlu terus diperkasakan agar pelajar dapat mandiri dalam meneroka minat serta potensi mereka dan tanamkan dalam fikiran serta jiwa mereka bahawa dunia ini adalah kelas pembelajaran bagi mereka sepanjang hayat.

Kaedah pembelajaran yang bermatlamatkan peperiksaan dan berpandukan silibus yang ‘rigid’ (kaku) juga harus diminimakan agar tidak mengganggu perkembangan serta menyekat pelajar dari terus meneroka. 

Dunia pekerjaan masa hadapan

Jack Ma, pengasas dan CEO alibaba.com ketika ditemubual oleh CNBC, pada 24 Jun 2017 menyatakan bahawa, “Gelombang baru akan datang, pekerjaan akan diambil alih”. Beliau melihat perubahan serius dalam dunia pekerjaan pada 30 tahun akan datang, terutama ketika kecerdasan teknologi mampu untuk  mengalahkan pengetahuan manusia pada umumnya.

Banyak manusia yang akan kehilangan pekerjaan. Justeru, sektor pendidikan tinggi perlu mempersiapkan para graduan dengan  kemahiran yang sesuai agar mampu kekal relevan pada masa hadapan. 

Salah satu yang harus dipelajari dan ditekankan ketika dunia dikuasai teknologi adalah data, mereka yang mampu untuk menganalisa data sangat diperlukan pada masa hadapan seperti yang ditegaskan juga oleh Jack Ma, “Dunia akan menjadi data. Saya fikir ini baru permulaan dunia data.”

Selain Jack Ma, CEO Tesla dan SpaceX, Elon Musk turut berkongsi aspirasi yang sama tentang kepentingan data apabila mereka juga sedang melaksanakan sebuah projek untuk menghubungkan otak manusia dengan komputer, bagi memperbaiki kecepatan pemprosesan data “sangat rendah” pada otak manusia. 

Bagi Bill Gates pula, beliau percaya bahawa kemampuan untuk memanfaatkan informasi akan mengubah tahap kesihatan global dan mampu mencegah penyebaran penyakit berjangkit. 

Bagaimana hadapi VUCA dalam pendidikan anak-anak?

Sudahkah ibu bapa, para pendidik dan semua pemegang taruh dalam sektor pendidikan bersedia dalam menghadapi dunia VUCA?

Beberapa perancangan dan persediaan mungkin sudah mula dilaksanakan di peringkat atasan, namun adakah ibu bapa dan guru juga sudah mula menyiapkan minda anak-anak kita untuk menghadapinya? 

VUCA Prime iaitu Model Kepimpinan Tingkah Laku yang diperkenalkan buat pertama kalinya oleh pada tahun 2007 oleh Robert Johasen menyatakan bahawa model ini boleh dijadikan panduan untuk mengatasi VUCA. Terdapat empat elemen positif dalam model ini yang boleh diguna pakai sebagai asas untuk mengatasi kegusaran ketidak tentuan VUCA iaitu:

1. Vision (Visi) – Tetapkan visi yang jelas kepada anak-anak. Kembalikan rasa ‘cinta’ untuk menuntut ilmu dan bukan sekadar untuk peperiksaan. Kini bukan lagi masanya hanya mengikut sahaja. Anak-anak perlu jelas apa yang mereka ingin capai agar mereka bebas meneroka.

Selain visi dalam pelajaran, anak-anak perlu jelas apakah tujuan asal mereka dijadikan di muka bumi ini. Telah Allah jelaskan dalam Surah Adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud, “Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”

Allah juga turut menyatakan tentang peranan manusia selepas diutuskan ke dunia seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Visi yang jelas ini akan menyelamatkan mereka daripada terus dibawa arus dunia yang tidak berkesudahan. 

2. Understanding (Kefahaman) – Mempunyai kefahaman yang mendalam lahir daripada visi yang jelas. Ini akan dapat membantu mengurangkan ketidakpastian dalam dunia VUCA. Setelah anak-anak jelas tentang visi mereka dijadikan di muka bumi ini, mereka perlu faham apakah pula tugas mereka sebagai khalifah di muka bumi ini.

Ini telah diterangkan dalam Surah Al-An’am ayat ke 56 yang membawa maksud, “Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Setelah anak-anak mempunyai ‘mindset’ (cara berfikir) yang betul, maka lebih mudah untuk mencapai visi yang telah ditetapkan sebelumnya. Fahami kecerdasan, bakat, minat serta kemampuan anak-anak. Ini dapat membantu mereka membina jati diri yang tinggi dan yakin dengan apa yang bakal mereka lalui kelak.

Dengan kekuatan dalaman yang mantap, kelak walau apa jua cabaran yang mendatang, mereka mampu untuk terus melangkah.

3. Clarity (kejelasan) dapat menangani complexity (kerumitan). Kejelasan dan kefahaman yang jelas terhadap visi yang telah ditetapkan dapat memberi kejelasan dalam mencapai matlamat.

Kecerdasan emosi yang tinggi dapat membantu untuk membuat perancangan dengan baik agar tidak tersasar kelak. Ini kerana VUCA sendiri sudah mencipta kerumitan luar biasa dalam kehidupan sehari-hari, sebaiknya kita jangan terjerumus dan sentiasa berwaspada.

Mempunyai maklumat yang cukup serta kajian yang mendalam dapat membantu membuat perancangan yang rapi. Terokai pelbagai bidang serta mengambil kira baik buruk sesuatu keputusan dapat membantu mengurangkan risiko yang diambil. 

4. Agility (ketangkasan) dapat mengatasi ambiguity (kesamaran). Ketangkasan yang dimaksudkan adalah ketangkasan menghadapi perubahan, tuntutan dalam menghadapi perkembangan baharu yang bakal muncul.

Jangan kita hilang dalam percaturan dunia VUCA hanya kerana kita terlambat dalam memahami perubahan, lambat bertindak serta lambat berubah sehingga kita kehilangan arah dan menjadi tidak relevan dalam situasi yang sentiasa berubah.

Kreatif dalam mencari jalan menyelesaikan masalah, berdaya saing tinggi dan tidak cepat mengalah antara resepi untuk menawan ketidaktentuan dunia VUCA kelak. 

Persiapan ini harus dilakukan sekarang. Tiada masa lagi untuk kita bertangguh kerana dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang berlayar di lautan yang telah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini. 

Roselinee Mohammad Radzi
Ahli Jawatankuasa Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Selangor

Sumber: 
1. https://ibuhanim.com/2020/08/12/apakah-itu-vuca/
2. https://www.axelos.com/news/blogs/november-2019/vuca-prime-the-answer-to-a-vuca-dynamic
3. Amanat 2019 – Pendidikan Untuk Semua

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia