Menangkis ancaman sekularisme terhadap umat

Perkembangan dan pembangunan pesat di dunia sejak kebelakangan ini, menyebabkan manusia telah terpukau dengan kehidupan di dunia ini. 

 

Malah penduduk dunia ini telah memberikan fokus untuk mengejar sumber kewangan dan peningkatan taraf hidup sampai terlupa akan kepentingan agama dalam kehidupan mereka. 

 

Dalam hal ini, terdapat fahaman  dan pemikiran yang timbul untuk menjayakan misi mereka dalam menggalakkan manusia untuk leka dengan kehidupan dunia ini. 

 

Salah satu daripada fahaman yang mengancam umat Islam adalah fahaman sekular. Sekular adalah satu perkataan yang diterjemahkan dalam bahasa Arab sebagai ‘ilmaniy’ atau lebih tepat ia berasal daripada perkataan ‘alam’ iaitu dunia.

 

Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya bertajuk ‘Islam and Secularism’ menyatakan bahawa:

 

“Secularization has its roots not in biblical faith, but in the interpretation of biblical faith by Western man; it is not the fruit of Gospel, but it is the fruit of the long history of philosophical and metaphysical conflict in the religious and purely rationalistic worldview of Western man.”. (1)

 

Pengaruh kepada umat

 

Pengaruh sekularisme yang masih berkembang dalam kalangan umat Islam setelah jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah amatlah membimbangkan kita. Malah dengan pembangunan dan kemajuan negara Barat, ia masih berkembang di negara-negara Islam hingga sekarang.

 

Pengaruh sekularisme ini menyebabkan remaja dan belia Islam leka dengan kepentingan iman serta ibadah dalam kehidupan. 

 

Perkembangan teknologi maklumat telah membantu penggerak-penggerak fahaman ini untuk menyebarkan pemahaman yang menyeleweng kepada umat Islam. 

 

Apa yang lebih menyedihkan, dengan kelalaian ini, terdapat sebahagian daripada umat Islam yang terjebak dalam perbuatan mungkar dan aktiviti kehidupan yang tidak sihat dan melekakan mereka.

 

Malah mereka mula menerima aktiviti-aktiviti ini sebagai perkara yang patut diamalkan dalam kehidupan pada waktu yang sama kewajipan-kewajipan yang Allah SWT telah arahkan kepada kita sebagai Islam diketepikan oleh mereka. 

 

Pemikiran umat Islam berhubung cara berpakaian, sumber pemakanan, kaedah mencari sumber kewangan dan adab serta tatacara dalam bergaul telah dicemarkan oleh pemikiran sekular ini.

 

Malah pelbagai cara kehidupan yang songsang telah diperkenalkan kepada masyarakat kita hingga ramai dalam kalangan kita yang keliru sama ada ia dibenarkan atau tidak dalam Islam.

 

Pahrol Mohamad Juoi dalam bukunya bertajuk ‘Pesan Hati untuk Hati’ menjelaskan bahawa: 

 

“Generasi yang hilang arah (the aimless generation) merupakan produk negara-negara maju yang miskin nilai-nilai akhlak. Golongan remaja semkin hilang identiti dan jati diri untuk berdepan dan berinteraksi dengan cabaran zaman. Kekuatan dalaman (self discipline, self esteem, self motivation) kepercayaan (belief), sistem nilai (value) telah hancur berkecai.” (2)

 

Menangkis fahaman

 

Dalam hal ini, penekanan kepada pembinaan akhlak dan nilai mestilah diberikan penekanan untuk golongan remaja dan belia. Akhlak dan nilai ini mestilah bersandarkan kepada sumber yang benar iaitu al-Quran dan Sunnah. 

 

Pembentukan akhlak dan nilai ini akan dapat menangkis corak tingkah laku yang berpaksikan keduniaan semata-mata. Malah tindakan ini akan membantu para pendidik dan ibu bapa dalam membina kehidupan yang bermakna untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

 

Sebagai seorang Islam, kita haruslah memainkan peranan dalam menyampaikan ilmu dan pemikiran yang benar berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Malah pendedahan ini ini mestilah diajar kepada kita semua sejak dari peringkat prasekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi dan seterusnya.

 

Tidak dilupakan juga, kita mestilah mengajar ajaran Islam yang sebenar kepada golongan dewasa hinggalah ke peringkat umur yang lanjut secara berterusan. Dakwah kepada bukan Islam juga adalah penting dan mesti dilakukan oleh umat Islam.

 

Sekiranya tindakan ini dilakukan, ia akan membuahkan hasil yang sangat baik bagi mengelakkan tersebarnya fahaman sekularisme di negara kita. Dalam pada itu, kita akan memperolehi pahala dan keberkatan daripada Allah SWT dalam menjalankan kehidupan di dunia ini.

 

Harriz Zainal Abidin

Pensyarah Syahadah Perguruan Asas IKRAM MUSLEH (SPAIM), Al-Amin Bangi

Rujukan:

  1. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib; “Islam and Secularism”, (Kuala Lumpur:  Himpunan Keilmuan Muda and Curiosity Institute, 2010) pg. 20
  2. Juoi, Pahrol Mohamad; “Pesan Hati untuk Hati”, (Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd , 2016) pg.294.
  3. Al- Waei; Dr. Taufik Yusuf, “Dunia Islam Kini”, (Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd, 2012)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia