Menangani cabaran pendidikan musim pandemik

Situasi pendidikan negara bahkan di peringkat global menghadapi cabaran getir bagi memastikan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19.

 

Apabila sekolah ditutup kerana PKP, mod pendidikan beralih kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam talian yang turut menghadapi isu ketiadaan atau kekurangan peranti atau ketidakmampuan membelinya, serta kos akses Internet yang tinggi.

 

Kesannya, pelajar yang tidak mampu membeli peranti sudah pasti ketinggalan walaupun kerajaan menyediakan alternatif siaran Didik TV. Ibu bapa yang bekerja di rumah pula terpaksa memantau pembelajaran anak-anak mereka.

 

Bagi yang terpaksa bekerja di luar, sudah pasti ibu bapa terpaksa bergilir-gilir untuk bekerja dari rumah atau mengambil cuti demi memastikan pembelajaran anak-anak berjalan lancar.

 

Penutupan sekolah juga menjadi berita buruk bagi golongan pengusaha kantin sekolah dan pemandu bas sekolah yang hilang pekerjaan, serta mereka berusaha mencari pekerjaan alternatif untuk menampung kehidupan seperti menjual makanan dan menjadi pemandu Grab.

 

Apabila sekolah dibuka, pelajar pula mungkin bakal terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19 walaupun segala prosedur operasi standard (SOP) yang ketat diikuti, selain keresahan ibu bapa yang terpaksa berbelanja lagi untuk menyediakan segala bahan, peralatan dan pakaian ke sekolah setelah menyediakan peranti untuk PdPR sebelum ini.

 

Namun begitu, ia menjadi berita gembira bagi golongan pengusaha kantin sekolah dan pemandu bas sekolah kerana mereka akan kembali menyediakan makanan dan menyediakan khidmat pengangkutan untuk pelajar. Pelajar yang tidak mampu membeli peranti juga sudah pasti bersemangat untuk ke sekolah semula setelah sekian lama tidak dapat belajar dalam talian.

 

Begitulah kitaran mod pendidikan negara yang serba tidak kena buat masa ini. Jika ditutup sekolah, ada cabarannya. Jika dibuka sekolah, juga ada cabarannya. Sudah tentu pelbagai pertimbangan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk membuka sekolah.

 

Barangkali keputusan membuka sekolah ini memberi banyak kesan positif berbanding jika sekolah ditutup yang mana ibu bapa lebih mudah bekerja tanpa gangguan, sementara pengusaha kantin dan pemandu bas pula boleh bekerja semula.

 

Kehadiran vaksin Pfizer baru-baru ini mungkin menjadi antara faktor yang meyakinkan kementerian untuk membuka sekolah. Tetapi perlu diingat, vaksin bukanlah segala-galanya. SOP di sekolah perlu sentiasa dijaga kerana risiko jangkitan wabak tetap ada.

 

Beberapa cadangan inovatif Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Profesor Dr Omar Yaakob wajar dipertimbangkan agar PdP bersemuka dapat dilaksanakan secara berhati-hati, berperingkat dan penuh kewaspadaan, dan KPM perlu mengambil pendekatan berbeza bagi pelbagai keadaan yang bakal dihadapi.

 

Cadangan-cadangan tersebut antaranya kuasa autonomi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah, kaedah persekolahan bergilir-gilir (staggered schooling) bagi sekolah yang mempunyai murid yang ramai, pengubahsuaian masa instruksional dan pengajaran fleksibel.

 

Autonomi PPD, sekolah

 

Lokasi dan keadaan setiap sekolah adalah berbeza, contohnya terdapat sekolah yang berada di kawasan zon merah sewaktu PKP, manakala yang lain berada di kampung pedalaman yang tiada kes jangkitan Covid-19.

 

Oleh itu, pendekatan berbeza perlu diusahakan bagi kawasan yang berbeza. Autonomi wajar diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah, dengan nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah untuk membuat pengubahsuaian proses pendidikan, pengurusan kurikulum dan PdP.

 

Dengan ini, sekolah dapat diuruskan dengan lebih optimum dengan mengambil pendekatan yang sesuai berdasarkan keadaan setempat.

 

Persekolahan bergilir-gilir (Staggered schooling)

 

Sekolah yang mempunyai murid yang ramai boleh mengambil kaedah bergilir-gilir (staggered schooling) yang mana pelajar dibenarkan hadir ke sekolah secara bergilir.

 

Misalnya Tahun 4, 5 dan 6 pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat manakala Tahun 1, 2, 3 pada hari Selasa dan Khamis sehingga keadaan benar-benar pulih. Giliran juga boleh dibuat mengikut minggu.

 

Pada masa giliran tidak pergi ke sekolah, PdPR dengan bantuan Didik TV KPM perlu diteruskan. Oleh itu, peranti dan akses Internet masih dapat dimanfaatkan pelajar walaupun sekolah sudah dibuka.

 

Pengubahsuaian masa instruksional

 

Dijangkakan pandemik Covid-19 akan berlarutan dan sesi persekolahan akan mengambil masa untuk pulih seperti sediakala. Dalam keadaan ini, tidak mungkin guru-guru dapat memenuhi semua masa instruksional yang dirancang bagi keadaan biasa.

 

Oleh itu, dicadangkan agar pihak KPM mengubah suai masa instruksional untuk memenuhi keperluan pembelajaran. Hal ini adalah kerana sukar bagi sekolah-sekolah menyusun kembali hari persekolahan untuk menggantikan sepenuhnya hari sekolah ditutup sewaktu PKP.

 

Pengajaran fleksibel

 

Keadaan PKP telah mengubah serta memendekkan waktu pengajaran dan pembelajaran atau ‘instruction time‘ bagi setiap subjek. Hal ini membawa kesan berbeza antara individu murid.

 

Untuk membantu guru menguruskan pembelajaran setiap pelahar secara optimum, pengajaran fleksibel (flexible teaching) perlulah dilaksanakan. Ini bermaksud, sukatan pelajaran dilaksanakan mengikut kemampuan murid tanpa perlu menghabiskannya mengikut tahun.

 

Maka, jalur pembelajaran (learning pathway) setiap murid dapat dirangka dengan mengadaptasikan langkah pelaksanaan sukatan mengikut kemampuan murid berkenaan. Pembelajaran berasaskan projek (project based learning) dan jadual anjal juga harus terus dilaksanakan dengan lebih berkesan.

 

Dengan keprihatinan Kementerian Pendidikan, usaha pihak sekolah dan guru serta kerjasama ibu bapa dan pelbagai pihak, besarlah harapan kita agar isu-isu pendidikan sentiasa dititikberatkan dan ditangani dengan serius supaya tidak ada pelajar yang keciciran pada musim pandemik yang serba mencabar ini.

 

[Minda Editor]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia