Memperingati Peristiwa Isra’ dan Mikraj – YDP IKRAM Selangor

Segala puja dan pujian bagi Allah SWT Rabbul ‘Alamin, Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w, ahli keluarga Baginda, para Sahabah yang teguh berjuang bersamanya, para Tabi’ Tabiin serta para pejuang yang meneruskan Risalah Nubuwah hingga hari kiamat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ikhwah dan Akhawat yang dirahmati Allah SWT,

Marilah kita sama-sama  memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (Al-Isra’: 1)

Umum mengetahui bahawa pada bulan haram tersebut Baginda Rasulullah s.a.w telah melalui satu peristiwa yang sungguh besar, diperjalankan oleh Allah SWT dengan kuasanya yang mudah sahaja bagi Allah dengan Isra’ dari Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, kiblat Muslim yang pertama dan Mikraj yakni diangkat oleh Allah SWT ke langit Sidratul Muntaha bagi menerima satu kewajiban yang sangat penting iaitu solat lima waktu.

Oleh yang demikian solat adalah satu perintah Allah yang sangat-sangat istimewa buat seluruh Muslimin kerananya kita hari ini seolah-olah dapat melakukan Mikraj dengan menunaikan solat atau “Al-Solatul Mikraj” seperti yang diperkatakan para ulama’. Dengan ibadah solat samada wajib atau sunat kita dapat terus berbicara dengan Allah SWT tanpa sebarang penghalang, terus kepada Allah SWT. Dengan membaca al-Quran di dalam solat pula, kita membaca dan mendengar kalam Allah pula yang berbicara kepada akal, kalbu dan jiwa kita.

Itulah rahsia solat yang sangat besar iaitu kita dapat berbicara dan dalam masa yang sama mendengar perbicaraan Allah SWT. Sewaktu solat berlakunya puasa makan dan minum dan seluruh jiwa dan minda ditujukan kepada Allah SWT, memohon petunjuk , keampunan dan memohon jalan kebenaran. Dalam sepanjang hari kita terus-terusan diwajibkan seketika pada waktu yang ditentukan Allah (kitaban mauquuta) melakukan ibadah solat dan ini bermakna seorang Muslim itu diminta terus-terusan berhubung dengan Allah SWT.

Peritiwa yang hebat ini juga menjadi satu ujian keimanan hingga hari kiamat iaitu beriman dengan perkara-perkara yang ghaib hatta di luar bidang kemampuan akal realiti manusia. Beriman dengan semua yang disampaikan oleh Rasulnya Muhammad s.a.w termasuk syurga dan neraka. Termasuk wujudnya malaikat dan hari Hisab.

Lantaran itu, keimanan kepada perkara ghaibiyyat adalah asas kepada ibadah dan asas kepada kemenangan kepada jamaah muslimah. Perjuangan di dunia bukan sekadar perjuangan menjalankan sesuatu yang boleh diterima akal manusiawi semata-mata mahupun tidak kerana perintah Allah seperti dalam undang-undang Islam tersebut adakalanya diterima akal atau ma’qul namun ada juga yang harus ditaati secara mutlak sepertimana hukum hudud atau qisas yang ditetapkan oleh Allah SWT kerana ianya adalah haqqullah atau hak Allah SWT.

Tidak timbul adanya orang Islam yang mengatakan dengan bangganya “Aku Muslim dan Aku gay! Atau “Aku Muslim dan aku tolak hudud!”. Ini semua menggambarkan kecelaruan pemikiran yang dilandasi oleh kekaburan ilmu dan kefahaman terhadap ibadah dalam Islam. Ini juga menggambarkan kecetekan ilmu yang boleh membawa iman mereka kepada kemurtadan jika mereka memahami kebodohan dan kejahilan mereka ini. Jika mereka tidak bertaubat, kita khuatir segala kebaikan dan amal soleh mereka akan hapus bagaikan debu yang bertiup angin!

Dalam ibadah haji misalnya mengapa mesti melakukan tawaf tujuh kali atau mengapa solat maghrib itu tiga rakaat. Semua persoalan ini adalah ibadah yang wajib dilakukan dengan ketaatan sebagai amalan yang sifatnya taabbudi (penghambaan). Adapun hikmahnya terserah jika mampu dicapai akal.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj juga dari satu sudut  juga menunjukkan hubungan yang terjalin erat di antara Kota Makkah di mana wujudnya Kaabah yang dibina Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dengan Masjidil Aqsa yang suci serta bumi sekitarnya yang diberkati oleh Allah SWT. Ianya menggambarkan siri-siri usaha perjuangan para Rasul dan Anbiya’. Jaringan dan mata rantai perjuangan menegakkan tauhid dan ubudiah kepada Allah SWT.

Sesungguhnya peristiwa yang hebat ini juga merupakan satu tapisan kepada Muslim di Makkah sebelum perintah hijrah ke Yatsrib (kemudiannya Madinah al-Munawwarah). Hijrah merupakan satu peralihan fasa perjuangan yang menuntut langkah dan persiapan pengorbanan.

Ini menggambarkan betapa dalam langkah perjuangan gerakan Islam, ianya memerlukan seluruh anggota dan masyarakat Muslim beriman dengan sepenuhnya kepada Nabinya, beriman kepada perintah solat dan beriman kepada hari akhirat serta hubungan yang erat dengan Allah SWT pemilik, penguasa dan pemutus kepada setiap langkah perjuangan.

Sesungguhnya setiap langkah perjuangan pasti ada halangan dan cubaan. Setiap fasa akan ada mehnah dan tribulasi. Adanya ujian yang menuntut pengorbanan. Semua ini tidak akan mampu dipikul oleh jiwa manusia secara biasa melainkan terlebih dahulu wujudnya kekuatan imaniah yang tinggi di kalangan para pendokongnya iaitulah hubungan dengan langit iaitu dengan Allah Rabbul Jalil.

Teringat kata-kata Allahyarham Ustaz Kiyai Haji Rahmat lebih kurang: “Fi kulli marhalah rijal, wafi kulli marhalah fitnah”. Bahawa pada setiap marhalah perjuangan itu ada rijal, lelaki-lelaki yang unggul, yang kuat imannya dan pada setiap marhalah itu pula pasti akan adanya ujian yang datang”.

Kita juga beriman bahawa sesungguhnya di sana wujudnya empat bulan haram (suci).

Allah SWT berfirman:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus..” (At-Taubah: 36)


Ikhwah dan akhawat sekalian,

Kita sedang menunggu dengan penuh kegembiraan kerana tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Sya’ban dan akhirnya bulan Ramadhan al-Mubarak. Marilah kita persiapkan ruh dan jiwa kita untuk menerima bulan yang mulia ini dan menjadikannya madrasah ketaqwaan bersama ahli dan keluarga dan masyarakat kita agar kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Akhir kalam, marilah kita memperbanyakkan kesyukuran dengan ibadah solat yang dikurniakan kepada Umat Muhammad s.a.w. dengan ibadah solat di malam hari seperti Firman Allah SWT:

“Adalah mereka (orang bertakwa) itu sedikit tidur pada malam hari. Dan di waktu sahur (waktu akhir malam) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (Az-Dzariat: 17-18)

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Rabb nya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata, sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajdah: 16-17)

Ahlan Ya Ramadhan…

 

Faqir Ilaihi,

Hj Shamsul Ma’arif Hj Ismail

YDP IKRAM Negeri Selangor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia