Memikirkan kembali cara kita berfikir

“Kita perlu memikirkan kembali cara kita berfikir (kerana) tanggungjawab sejarah ini ada pada kita semua, (dan) idea gerakan Islam yang kita bawa ini adalah idea kebangkitan,” tegas beliau.

Beliau menegaskan bahawa ketika Imam Hassan al-Banna mula membangunkan gerakannya, beliau telah mengisyitiharkan bahawa gerakan ini adalah gerakan kebangkitan yang merupakan kebangkitan satu mata rantai daripada semua gerakan kebangkitan yang pernah ada di seluruh dunia sebelum ini.

“(Namun), apa yang berbeza antara kita dengan gerakan sebelumnya adalah pada lompatan pemikiran yang dibawa oleh Imam Asy-Syahid. Lompatan pemikiran ini datang daripada cara membaca realitas yang berbeza,” ujar Presiden yang pernah menjadi Setiausaha Agung (Sekjen) PKS selama tujuh tahun.

Beliau tidak hanya memiliki kepetahan dan penampilan yang istimewa tetapi juga analisis yang jitu terhadap apa yang diutarakannya. Berucap secara mesra tetapi tegas, Ustaz Anis berkongsi pemikirannya kepada para peserta Perhimpunan Ahli Teras (PAT) pada 30 Mei lalu di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sambil menelusuri sejarah dan pemikiran beberapa mujaddid ummah dan perkembangan semasa, beliau melabuhkan ufuk pemikirannya dalam beberapa isu berkenaan kebangkitan ummah.

Menurut beliau, dalam membaca realiti yang berlaku dalam kalangan ummah, Imam Hassan al-Banna menegaskan akan kepentingan mewujudkan model operasional dalam gerakan kebangkitan kerana model seperti ini tiada dalam idea-idea kebangkitan sebelum ini.

Beliau memetik pandangan Syeikh Jamaluddin al-Afghani yang menyatakan punca masalah ummah pada zamannya adalah kezaliman kediktatoran dua lapis iaitu kezaliman pemimpin dalam kalangan ummah sendiri dan kezaliman penjajah.

Bagi menghadapi kemelut ini, al-Afghani membawa idea wihdah al-ummah (penyatuan ummah) dan pembaharuan politik. Namun idea ini hanya pada tahap pemikiran dan tidak sampai ke bawah.

Muridnya, Syeikh Muhammad Abduh kemudian meneruskan usaha al-Afghani dengan mempersatukan ummah melalui al-Ijtimai’ dan memulakan ta’lim. Usaha ini kemudian diikuti oleh Syeikh Muhammad Rasyid Redha dengan membuat pencerahan pemikiran melalui majalah al-Manar di mana anggota sidang redaksinya adalah termasuk Imam al-Banna.

Berdiri tatkala ummah berada dalam kelesuan, al-Banna menyatakan bahawa jika ummah mahu bangun, kita memerlukan qalb al-mujtama’ atau “core of society”.  Menurut Ustaz Anis, al-Banna percaya kepada usaha menstrukturkan semula ummah dengan membangunkan satu kumpulan manusia yang disebut qalb al-ummah atau hati kepada ummah.

“Inilah idea kebangkitan ummah oleh Imam Asy-Syahid dalam bentuk organisasi. (Oleh kerana) umat Islam rata-ratanya sakit, kita perlu memilih yang paling sikit sakitnya dan yang paling cepat akan pulih, daripada kalangan ummah untuk dibina menjadi qalb al-ummah. Alat untuk membina kembali itu adalah tarbiah,” jelas beliau lagi.

Beliau turut menghuraikan konsep pemikul beban yang ditujukan khas kepada para amilin seperti mana mafhum hadis Rasulullah s.a.w. bahawa seorang manusia itu seperti 100 ekor unta.

“Dalam kalangan ummah, para pemikul beban tidak ramai bahkan sedikit. Dari sinilah datangnya teori pembinaan dan pemeringkatan. (Sebab itulah) organisasi ini adalah qalb al-ummah dan amilin pula ialah qalb al-qalb, atau core of the core. Inilah idea tentang keanggotaan dan amilin iaitu idea pemikul beban, dan pemikul dalam waktu yang panjang,” terang beliau mengenai tanggungjawab amilin.

Inilah teori lompatan yang paling besar iaitu teori kebangkitan yang dapat diturunkan ke bawah dalam kalangan ummah dan teori ini telah dibuktikan peranan yang berkesan sepanjang zaman dalam mempertahankan dan memperteguh kembali identiti Islam dalam kalangan ummah.

Seterusnya Ustaz Anis mengingatkan ahli-ahli gerakan Islam supaya menjadi relevan dengan masyarakat dan memiliki peranan ke hadapan yang jelas dalam masyarakat di tempat mereka beroperasi. Mereka perlu melihat kembali apa yang mereka buat supaya mereka menjadi relevan.

“Jika kita menjadi tidak relevan dengan situasi dan konteks kita berada, kita akan dilupakan. Nabi Yusuf dipanggil ke istana kerana beliau mempunyai kebolehan untuk mentadbir mimpi (yang relevan pada masa itu),” ujar beliau lagi.

Set Minda

Beliau memberi saranan supaya para amilin memiliki empat set minda untuk menjadi relevan. Pertama, set minda jurutera sosial iaitu al-‘aqliyyah al-handasiyyah. Tugas kita adalah membawa agama dalam konteks ruang dan waktu yang kita hadapi. Kita perlu berusaha “mengengineerkan” masyarakat agar dekat dengan Islam sebelum mereka memeluk Islam melalui usaha merangka keadaan strategik.

Keadaan strategik tersebut tiga, iaitu; menghilangkan semua perkara yang membuat orang ramai tidak bebas memilih; menyebarkan kebebasan berfikir secara rasional kerana ia adalah pintu masuk agama; dan mewujudkan suasana kesejahteraan seperti makanan yang mencukupi dan perasaan aman.

Kedua adalah set minda seorang penakluk (al-‘aqliyyah at-taskhir) yang sentiasa berfikir untuk menang dan tidak pernah kenal menyerah kalah. Ketiga, set minda eksperimental (al-‘aqliyyah al-ibda’iyyah) iaitu minda untuk terus cuba dan mencuba sehingga berjaya tanpa mundur seperti mana nasihat Imam Al-Ghazali ilmu itu ada tiga iaitu ilmu teori, amal dan ilmu pengalaman.

Dan keempat adalah set minda inovasi iaitu menambah baik apa yang ada. Menurut Ustaz Anis, al-Banna meninggal dunia tatkala usianya masih muda, iaitu sebelum gerakan politik bermula. Oleh sebab itu, tiada warisan pemikiran politik daripada beliau. Tiada model dan teori politik yang sempat dikembangkan. Apakah tugas kita dalam hal ini?

“Kita perlu sempurnakan manhaj politik secara inovatif dan (membina) teori dan pemikiran politik baru,” ujar beliau lagi.

Presiden PKS itu mengingatkan para hadirin terhadap pesanan al-Banna bahawa para amilin adalah mereka yang mewakafkan hidup untuk dakwah dan bersedia untuk memikul apa sahaja tanggungjawab demi melaksanakan wawasan dakwahnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia