Membina Generasi Rabbani

Alam Islami berjalan dengan marhalah yang dahsyat. Agama ini yang bermula sebelum tasyri’ (pensyariatan) dan pembangunan negara, ia menyeru kepada kesatuan perasaan. Demi Allah, tiada yang dapat menghalang saya menghabiskan perjalanan yang jauh ini melainkan kerana perasaan ini, iaitu kasih sayang kerana Allah.

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW sebelum diperintahkan berjihad, telah mentarbiah sahabat dengan kasih sayang Allah, tarbiah dengan kesatuan hati terlebih dahulu daripada pembangunan daulah. Mereka qiam (bangun malam), banyak mengingati Allah sehingga basah air mata mereka. Merekalah ibadurrahman (hamba Ar-Rahman) seperti yang disebutkan dalam Surah Al-Furqan iaitu sifat rabbani yang merupakan sifat-sifat Allah.

Allah cinta kepada orang-orang yang bersifat rabbani. Tiada nilai senjata yang hebat sekiranya tiada air mata yang mengalir, jiwa yang khusyu’. Orang mukmin sekiranya disebut nama Allah, akan bergetar hati mereka, iman mereka akan bertambah. Merekalah orang-orang yang menunaikan solat, zakat…

Oleh itu, Imam Hassan Al-Banna mengingatkan bagaimana kita merealisasikan sifat rabbani; bagaimana kita menjadi golongan yang berjihad di jalan Allah, membangunkan malam, beristighfar kepada Allah, taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Beliau meletakkan tiga manhaj: Akidah, Amal…

Beliau menulis dalam Risalah Al-‘Aqaid. Diterjemah akidah ini kepada akhlak rabbani, tidak takut mati. Satu tangan yang menanam generasi dan sebelah lagi memikul senjata, iaitu peribadi yang sempurna, Imam Hassan Al-Banna meletakkan manhaj ini.

Menurut Imam Ibnul Qayyim, pada kalimah Lailaha Illallah itu, ada qalbu dan ilmunya. Pada ilmunya, ia dapat dipelajari sama ada oleh orang beriman atau orang kafir. Pada amalnya, ini yang tidak dapat dipraktikkan oleh orang-orang kafir. Manhaj akidah ini perlukan ceramah yang panjang.

Muslim yang bercampur dengan manusia dan bersabar dengan karenah mereka lebih baik daripada Muslim yang tidak bercampur dengan orang. Imam Hassan Al-Banna mengajar bagaimana Islam itu syumul (menyeluruh), tidak terbatas kepada ibadah khusus semata-mata. Mengabdikan diri dari bangun tidur sehingga tidur kembali, ketika berjual beli, berperang, semuanya. Ia meliputi semua urusan hidup.

Apabila seseorang Muslim telah sempurna akidahnya, maka ia bergerak daripada sini sehingga ia menyeru manusia dan ia mempunyai kefahaman. Kata Imam Hassan Al-Banna, “Dengan pendekatan  Rasulullah SAW, kita akan memerangi manusia dengan kasih sayang”. Lalu terbinalah kasih sayang pemimpin dengan pengikut, pengikut dan orang ramai. Beliau telah membentuk pengikutnya.

Tidakkah kita melihat seorang mukmin yang mempunyai sifat-sifat rabbani, percaya kepada janji Allah? Kefahaman yang mendalam, iman yang mendalam, kesedaran yang jelas dan amal yang berterusan. Kata Imam Hassan Al-Banna, “Jadilah kamu abid (hamba) sebelum menjadi pemimpin, nescaya kamu akan menjadi pemimpin yang terbaik”.

Mungkin orang bertanya, kenapa rabbani? Kerana perang dengan musuh Islam adalah perang yang sengit. Musuh bersedia dengan senjata, ramainya mereka dengan makar (perancangan) mereka. Kita sedikit, tidak punya apa-apa, hanya dengan kekuatan akidah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita memerlukan bilangan orang yang ramai dan sebagainya. Tetapi bekalan yang kita perlu adalah bekalan rabbani.

Iqra’ … Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan,… Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya? Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya,(iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka. Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya), kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah, sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)”. [Al-‘Alaq]

Kerana kekuatan kita adalah Allah.

Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melontar ketika kamu melontar, tetapi Allahlah yang melontar…” [Al-Anfaal: 17]

Inilah sifat-sifat sahabat. Mereka bercakap tentang orang-orang mukmin. Daripada mereka terdapat Rijal. Al-Quran bukan sahaja menceritakan tentang iman tapi tentang orang-orang yang beriman. Manusia terbahagi kepada dua, iaitu golongan yang suka kepada dunia, tiada iman dalam hati mereka. Keduanya yang ditarbiah, mereka mengatakan inilah janji Allah dan Rasul-Nya, bertambah iman mereka seperti mana contoh dalam perang Ahzab.

Kata Rub’ie bin Amir ketika bertemu panglima tentera  Rom, Rustum: “Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.

Sahabat-sahabat ini; sebelum ini zina, minum arak dan sebagainya tetapi selepas dicelup dengan sifat rabbani… Kamu telah mengetahui banyak kisah para sahabat.

Ammar bin Yasir ketika diseksa orang-orang musyrik, dia tsabat (teguh), kerana merasa Allah bersamanya. Apalah nilai dunia baginya ketika ia percaya kepada janji Allah.

Mus’ab bin Umair diugut ibunya yang tidak mahu makan dan minum sekiranya tidak murtad. Katanya, “Andaikata ibu diberi 100 nyawa, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam”. Adakah kerana dunia? Yang berkorban fi sabilillah (di jalan Allah), adakah kerana dunia? [Kisah Bilal] Sejarah dipenuhi dengan Rijal. Kalaulah tidak kerana sifat rabbani ini, nescaya mereka tidak mampu menghadapinya.

Mungkin ada akhawat yang akan bertanya, tiadakah kisah wanita? Khadijah, wanita pertama memeluk Islam. Ketika Rasul SAW ketakutan dan meminta diselimutkan ketika menerima wahyu, beliau berkata: “Allah akan memelihara kamu”.

Asma’ Abu Bakar, ketika anaknya bimbang yang dia akan dicincang-cincang dan dirobek jenazahnya dengan kejam, ibu yang rabbani ini berkata:

“Tiada yang perlu ditakuti dari perbuatan orang-orang hidup terhadap orang yang telah mati. Bukankah kambing yang sudah disembelih tidak merasa sakit lagi ketika dikuliti?” jawab Asma’.

Banyak kisah sahabat dan sahabiat disebutkan sebagai bukti akidah telah tertanam dan terzahir dalam hidup mereka, sebagai Rijal rabbani.

Saya berkata, saya tidak mahu panjang-panjangkan. Saya cuma petik beberapa mawar daripada sejarah kita. Kisah wanita dulu dan sekarang banyak qudwah dan contoh untuk kita. Setiap kita telah membaca kisah Khansa’, seorang ibu yang mati empat orang anaknya. Apa yang dikata? Sifat rabbani bukanlah cerita yang disebut-sebut, tetapi ia adalah suluk (jalan), yang terkesan dengan akidah yang dibawa, sebagai memahami risalah yang dicipta kerananya.

Sesungguhnya kita hanya memohon syurga dan berlindung daripada neraka, ia bukanlah semata-mata ceramah, tetapi ia adalah manhaj kehidupan untuk dipraktikkan. Kita sentiasa takut dengan ayat Allah; besarnya kemarahan Allah jika kita berkata perkara yang tidak dilakukan.

Pendek kata ia adalah praktikal dan mujahadah, bukan semata-mata ilmu. Oleh itu kita melihat beberapa Rijal dari Ikhwan Muslimin yang ditarbiah dengan tarbiah sebegini, seperti di Palestin, dengan pengorbanan mereka, ketakutan Yahudi di depan Rijal rabbani itu. Mereka (Yahudi) melihat Rijal ini jenis manusia yang tidak takut mati.

Kisah seorang sahabat yang tidak mahu tunggu untuk mati syahid walaupun semata-mata untuk makan sebiji kurma. Ia bukan sahaja pada kisah Imam Hassan Al-Banna, tetapi ia berterusan.

Tidakkah kita tahu apa yang berlaku pada Syed Qutb sebelum dilakukan hukuman gantung?

Sebelum itu adiknya datang untuk memberi tawaran untuk meminta ampun kepada pemerintah yang zalim. Apa yang dikata? Beliau menjawab: “Jari telunjuk saya yang mengakui keesaan Allah dalam solat, menolak untuk menulis sebuah kebenaran yang diredhai oleh seorang penguasa yang zalim. Jika saya dipenjara dengan alasan yang benar, saya lebih menyukainya. Namun jika sebaliknya, maka saya adalah orang-orang yang setuju dengan kebatilan”.

Di manakah Rijal yang rabbani itu? Kita sudah sebut tentang rabbani, tapi di manakah rijalnya? Mereka, ahli-ahli Ikhwan Muslimin telah melalui fasa-fasa perjuangan, syuhada’, sehinggalah berlakunya tsaurah (revolusi) dan seseorang Muslim yang mati ketika itu adalah syuhada’.

Dengan taufik Allah, saya tidak mahu sebut nama-nama itu, kerana buku-buku yang dikarang bukanlah puluhan, tetapi ratusan. Ia menyebut mengenai kesan-kesan akidah ini dalam pembinaan Rijal Ikhwan Muslimin sebagai manhaj hidup, dan bagaimana harakah itu sepatutnya, apabila ia tertahkik dalam peribadi.

Dalam revolusi ini, Ikhwan Muslimin mempunyai lujnah (jawatankuasa) untuk mentadbir perkara-perkara dalaman di Medan Tahrir. Adapun kepimpinan, mereka semuanya selama 18 hari tanpa berpisah untuk urusan revolusi ini. Terdapat juga akhawat yang bawa kanak-kanak sekali.

Sebahagian orang melihat Ikhwan Muslimin tidak langsung meninggalkan Medan Tahrir sehingga ada arahan untuk mengosongkan Medan Tahrir. Kami katakan: “Pergilah pulang wahai wanita, sesungguhnya kami akan berada di sini hinggalah datang keputusan Allah kepada kami”.

Pada pukul 12.00 tengah malam, datang lagi 5,000 pemuda ke Medan Tahrir. Pada jam 2.00 pagi, seorang ukht telah menelefon saya, ia bertanya: “Wahai Ustaz, Saya ingin bertanya: Adakah bala’ (ujian) ini untuk Rijal (lelaki) sahaja? [Syeikh Juma’ah menjawab] Kami kasihan kepada kamu (wanita), tetapi ujian ini turunnya kepada lelaki dan wanita. [Wanita itu menjawab] “Kalau begitu, demi Allah, walaupun kami dihancurkan, kami akan sertai medan ini juga.

Apakah nilai rabbani ini sekiranya ia dibaca sahaja? Ia tidak bernilai. Ia hanya bernilai jika dua perkara berlaku:

1. Rasa kebersamaan Allah secara yakin, iaitu tsiqah (percaya) dengan Allah. Seperti kisah Hajar dengan Ibrahim AS ketika ditinggalkan di padang pasir Makkah atau kisah pengikut Musa AS ketika hampir dapat dikejar oleh Firaun. Musa berkata, “Sesungguhnya di sisiku Tuhanku, Dia akan menunjukkan aku jalannya”. Kisah hijrah (Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar RA): “Janganlah takut, sesungguhnya Allah bersama kita”.

Bagaimana mahu merealisasikannya? Allah berfirman:

“…Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah) dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai…” [Al-Maidah: 12]

2. Redha Allah. Walaupun semua manusia benci kamu, tetapi Allah redha padamu, maka jadilah kamu orang yang gembira. Terimalah perkara yang ditetapkan oleh Allah, bukan semata-mata laksana, tetapi laksana dengan cinta! Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara yang sesiapa ada padanya, nescaya mendapat rasa kemanisan Iman: Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai, mencintai seseorang hanya kerana Allah dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana ia benci dicampak ke neraka”.

Rasailah rabbani, kamu akan rasa ukhuwah. Sesungguhnya rahsia kekuatan kamu adalah pada ukhuwah kamu! Rasailah kemanisan iman, dan terimalah iman untuk mencintai saudara (ikhwan) kamu. Kamu tanya pada saya, bilakah kemenangan itu akan datang? Katakanlah, ia sudah dekat.

[Bacaan doa Rabitah] [Penutup]

Moga kita berjumpa lagi selepas ini mudah-mudahan, dalam waktu yang terdekat ini.


Sesi Soal Jawab

Soalan 1:

Mengenai rabbaniyah, sayabaca dalam kitab Syed Nuh,  tahan marah ketika tak mampu, tak dikira dalam sifat menahan marah yang dipuji. Tapi ia adalah pada ketika ia mampu membalas namun ia memaafkannya. Adakah ia dikira rabbani ?

Jawapan 1:

Secara permulaan, sifat mukmin itu adalah yang diminta Allah, dalam sifat-sifat yang tertulis dalam Al-Quran, yang Allah suka. Dan sifat-sifat ini sekiranya terkumpul, tidak mungkin seorang hamba laksanakannya, tetapi ia hanyalah pada rasul. Tetapi apa yang kita buat hanyalah buat apa yang termampu, berusaha sesungguhnya. Dan kita tidak lupa bahawa kita juga kadang-kadang futur (malas), tersalah.

Oleh itu Allah menamakan mereka “Awwabin” iaitu orang yang tidak berterusan dalam buat maksiat. Seperti kisah Hamzah, namun ayat Allah turun, membenarkan untuk membuat sepertimana mereka buat, namun Allah sebut, sekiranya mereka bersabar, ia lebih baik. Maka Rasul SAW pergi kepada qudwah (teladan), maka tidak membalas seperti yang diperlakukan kepada Hamzah.


Soalan 3:

Ribbiyyun dalam surah Ali Imran. Apakah yang dimaksudkan ini sama dengan konsep rabbani yang dibawa Islam?

Jawapan 3:

Saya tidak mahu pergi kepada makna istilah-istilah atau makna secara harfi, kerana ia tidak akan membawa kepada apa yang aku mahu sampaikan. Kita bukan mahu mendalami sangat dalam bab ini, tapi apa yang boleh kita rasa, kita buat, apabila kita bicara mengenainya. Apa yang Allah sebutkan : Tidaklah mereka itu lemah, dan tidak berpatah balik. Apa yang boleh aku ceritakan rabbani bukanlah seperti ilmu-ilmu, tapi ia adalah jiwa, akhlak.


Soalan 2 dan 4:

[2] Ikhwan baru menang PRU. IM menghampiri daulah. Apa pandangan Dr mengenai gerakan dakwah di Malaysia? Adakah sudah menghampiri daulah ini? Atau masih di peringkat mujtama’ atau bait muslim atau sebagainya?

[4] Di Malaysia sudah masuk pemilihan pucuk pimpinan Negara, sudah rasa panasnya. Di Mesir PRU memihak kepada IM. Arab Spring menyaksikan perubahan kepimpinan. Apakah peranan sifat rabbani dalam proses PRU yang akan datang ini?

Jawapan 2 dan 4:

Maksudnya kita memilih orang terbaik yang boleh berkhidmat kepada manusia. Seorang yang berakhlak, ada prinsip. Kami ketika di Mesir, bila letakkan calon, kami letak orang yang punyai akhlak sebagai ciri pertama, kemudian baru pergi kepada ilmu dan pengalaman. Kerana ia adalah cermin kepada jemaah. Sekiranya mereka bermasalah, ia terpalit kepada jamaah.

Rabbani adalah manhaj hidup, akhlak, bila kita lihat, ia terpancar pada dua cerita : kisah Umar Al-Khattab RA ketika dia suruh dengar dan taat, namun tiba-tiba bangun seorang lelaki (berkata), demi Allah, aku tidak akan taat dan dengar melainkan engkau beritahu dari mana engkau dapat lebihan kain? Kemudian Umar tidak marah, bahkan bertahmid (memuji Allah) kerana punyai pengikut yang memperbaikinya.

Umar berkata : “Tiada kebaikan sekiranya kamu tidak mengatakannya (memberi nasihat kepada pemimpin) dan tiada kebaikan pada kami sekiranya kami tak mendengarnya”.

Umar memimpin dengan baik kepada rakyatnya, maka mereka semua tiada masalah dengan Umar. Namun sekiranya beliau tidak menjaga tadbir dengan baik, maka pasti mereka memberontak, membuat kejahatan dan sebagainya.

Ikhwan Muslimin bukan berdiri di atas tsaurah (revolusi), tapi atas dakwah dan tarbiah. Ia sangat berbeza, di antara mengambil pendirian dengan peluang yang ada, dengan menjadikan sesuatu itu sebagai prinsip-prinsip yang dipegang.

Setiap pemimpin yang dicalonkan mesti mengikuti program-program tarbiah, bukannya memilih yang baik semata-mata. Tetapi mesti melalui katibah, usrah, dan wasilah-wasilah tarbiah yang lain.

Pesan kepada Malaysia, jangan tengok apa yang Ikhwan Muslimin capai di Mesir, tapi lihatlah bagaimana Ikhwan buat di Mesir, apa yang diperjuangkan selama ini, bagaimana tarbiahnya, dakwahnya, jangan tengok natijah semata-mata. Apa yang kita akan ditanya adalah bagaimana kita beramal, bukan sejauh mana kita dapat natijah.

Kita melihat natijah bila kita nak menimbang dan muhasabah diri kita, pada ketika itu kita perlu untuk tengok apa yang kita sudah capai. Ia pun hanyalah untuk baiki diri kita. Kisah perang Uhud, Allah menyebut bahawa kekalahan adalah daripada diri umat Islam sendiri. Oleh itu perlu untuk mengukur natijah bagi memperbaiki diri.

Wallaahu A’lamu Bissowaab.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia