Mejar Zaidi Ahmad: Hukuman Berat Tidak Setimpal Dengan Kesalahan

Keputusan perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad  atas dua (2) kesalahan yang dituduh di bawah Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972 telah pun dibuat. Beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur ATM bersabit tuduhan-tuduhan berikut:

1. Membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Menteri Pertahanan berkenaan isu dakwat tidak kekal yang dibekalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013.

2. Berkongsi maklumat sulit berkenaan perpindahan tempat kerja beliau dengan pihak media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera.

Panel penghakiman dalam sidang Mahkamah Tentera pada 12 Januari 2015 telah menjatuhkan hukum buang kerja ke atas Mejar Zaidi, sekali gus menafikan faedah pencen yang sepatutnya beliau terima.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan yang disifatkan begitu berat, tidak mengambil kira rekod perkhidmatan beliau yang baik malah didapati tidak setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Berkenaan isu dakwat yang dicalit di jari pemilih yang tidak kekal, ia adalah satu isu yang telah dimaklumi ramai malah pihak SPR sendiri mengakui hakikat bahawa dakwat yang digunakan tidak kekal selama tujuh hari seperti didakwa.

Adapun ‘kesalahan’ yang Mejar Zaidi lakukan adalah membuat laporan polis berkenaan dakwat yang tidak kekal tersebut serta bercakap perkara yang benar kepada media. Lantas persoalannya, di manakah risiko, kerugian atau ‘damages’ yang telah dialami oleh ATM akibat pelanggaran terhadap prosedur ATM?

Selain daripada itu, IKRAM juga mendapati terdapat kecacatan dalam perjalanan perbicaraan Mejar Zaidi apabila wujud bukti bahawa pihak Ketua Panel penghakiman telah memberikan komen dalam Facebook pada bulan November 2014, yang bersifat prejudis terhadap kes pembelaan Mejar Zaidi.

Sehubungan dengan itu, IKRAM memohon agar pihak berkuasa tentera menyemak kembali hukuman yang telah dijatuhkan sidang panel penghakiman.

Semoga keadilan dapat dikembalikan kepada Mejar Zaidi.

 

Hj Nahar bin Md Nor

Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia