Media Sosial: Wariskan Kebaikan Selepas Kematian

Media Sosial: Wariskan Kebaikan Selepas Kematian | IKRAM

Dasawarsa ini, masyarakat dan media sosial sangatlah sinonim. Media sosial adalah platform paling banyak diakses oleh masyarakat kita pada hari ini. 

Pernahkah anda terfikir bahawa setiap hantaran (posting) yang anda kongsi akan kekal di situ; dilihat, diperhatikan dan dibicarakan semasa anda hidup bahkan setelah anda tiada?

Akaun media sosial anda akan kekal walaupun anda sudah tiada kelak. Cuba bayangkan jika hantaran yang anda kongsi semua tentang kebaikan dan menjurus tentang hal-hal akhirat.

Ya, berapa nilai pahala yang anda akan dapat? Pahala akan sentiasa mengalir semasa anda hidup bahkan setelah anda dijemput Ilahi untuk berpulang. 

Dua Kemungkinan

Ada dua kemungkinan hidup ini, satu anda hidup dengan aliran dosa atau anda hidup dengan aliran pahala. Dua kemungkinan ini semuanya andalah yang membentuknya.

Tidak salah mempunyai akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Tik Tok. Kesalahan besar apabila anda menggunakan media sosial ini apabila anda berbuat sesuatu yang melanggar hukum syarak, hingga hilang segala rasa malu dan maruah demi populariti yang bersifat sementara. 

Jika anda seorang yang celik akhirat, anda akan memandang media sosial sebagai media yang mampu mengaut banyaknya pahala. Inisiatif untuk berdakwah menyampaikan ajaran Islam. Usaha ini begitu meluas sifatnya. 

Sebagai contoh, satu video yang anda kongsi mampu ditonton semua orang termasuk yang berada di seluruh penjuru dunia. Dakwah menyebarluaskan ajaran Islam pada hari ini terasa lebih mudah dengan adanya media sosial.

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir, maka sewajarnya akal yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita digunakan sebaik mungkin. 

Oleh itu, alangkah baiknya jika kita menggunakan media sosial pada hari ini berlandaskan kebaikan dan saling mengingati.

Platform Dakwah

Sewajarnya umat Islam menggunakan peluang yang ada ini untuk melihat sisi positif media sosial yang mereka miliki. Mengajak manusia lain mengenal Allah dan ajaran Islam termasuk salah satu ibadah yang baik dan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Dakwah pada konteks hari ini tidak tertuju sepenuhnya kepada ustaz mahupun ustazah, namun setiap daripada kita berupaya mengajak ke arah kebaikan. 

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR Thabrani, No. 5787, Hadis Hasan)

Amaran keras buat semua masyarakat Islam, jangan sesekali menjadikan media sosial sebagai ‘gudang’ dosa.

Media sosial adalah alat dan medium semata-mata, namun penggunanya perlulah bersikap lebih matang ketika sedang bertindak.

Alangkah baiknya jika anda menjadikan media sosial sebagai platform mengaut pahala sebanyak-banyaknya. Kongsilah sesuatu yang benar, bermanfaat dan mempunyai nilai pengajaran serta pendidikan. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain), maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (HR Muslim, No. 1893)

Bukan Gelanggang Buka Aib

Selain itu, media sosial bukanlah gelanggang untuk membuka aib. Keruntuhan moral begini semakin menjadi-jadi pada hari ini. Kuasa tular di media sosial membuatkan ramai pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai jalan penyelesaian konflik.

Menggunakan platform media sosial dengan menghebahkan aib-aib sama sekali tidak membantu dalam mencari solusi terhadap masalah yang kita alami. Malah, ia menambah banyak masalah jika kita menghebahkan masalah yang sedang dihadapi.

Jika anda mempunyai masalah, media sosial bukanlah medium terbaik mencari solusi. Jalan penyelesaian dapat dicari dengan bertemu mereka yang pakar terhadap masalah yang anda hadapi.

Ketika zaman Rasulullah SAW, Hindun bertindak menemui Rasulullah SAW untuk mendapatkan nasihat baginda yang memiliki keperibadian mulia dan sentiasa menjaga aib orang sekeliling. 

Kita sebagai umat Islam dituntut untuk menyimpan aib manusia lain. Daripada Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda:

“Tidaklah seseorang menutupi aib orang lain di dunia, melainkan Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat kelak.” (HR Muslim, No. 2590)

Setiap manusia pasti memiliki kekurangan dan kekhilafan walau siapa pun mereka. Kita tidak pernah luput daripada berbuat salah dan dosa.

Jangan melihat diri sendiri penuh kesempurnaan dan memandang orang lain tidak, sedangkan kita memiliki banyak kekurangan. Sedar mengenai hal tersebut, berusahalah untuk menjaga aib sendiri dan orang lain. 

Jaga Percakapan, Tulisan

Tambahan pula, menjaga percakapan dan tulisan di media sosial tidak mudah untuk dilakukan. Hari ini di media sosial manusia bebas menulis semua yang mereka kehendaki.

Tanpa sekatan dan batas, kebebasan bersuara dan menulis sebegini terkadang dilihat melampaui batas. Hadis daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkatalah sesuatu yang  baik atau diam (daripada perkara sia-sia dan tidak elok).” (HR Bukhari [6475] dan Muslim [47])

Zahir percakapan dan tulisan seseorang adalah gambaran kepada pemandangan hati mereka. Setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut seorang manusia ada malaikat yang sedang mencatat baik buruknya amalan tersebut.

Sedangkan dalam Islam, semuanya ada garis panduan yang boleh diikuti penganutnya. Rasulullah SAW mengingatkan kita agar mengawal lisan sebaik mungkin. Kita diajar untuk bercakap baik atau diam daripada bercakap perkara yang sia-sia.

Panduan Bergambar

Selain itu juga, kita dipandu untuk menjaga penampilan dalam bergambar. Tiada larangan untuk bergambar. Gambar adalah rantaian momen yang dicipta sebagai simpanan kenangan.

Namun, ada panduan yang mesti diikuti orang Islam dalam konteks bergambar di media sosial. Asasnya tetap sama keika berada di dunia realiti.

Pertama, menjaga pemakaian pematuhan syariah, kedua menjaga sahsiah Muslim dan Muslimah, ketiga menjaga adab dan tidak keterlaluan di samping tidak sengaja mengundang fitnah.

Di media sosial, rangkaiannya lebih universal, maka besar impaknya jika kita memelihara adab penampilan. Menjaga adab penampilan tidak boleh dipandang remeh terutama buat kaum wanita. Tutuplah aurat dengan sempurna terutama pada bahagian kaki dan tangan. 

Dunia Tidak Kekal

Kesimpulannya, dunia yang anda sanjung-sanjung ini hanyalah bersifat sementara. Pujian, kecantikan, kemasyhuran, kekayaan dan apa saja yang berpaksikan dunia bersifat tidak kekal.

Jangan terlalu mengejar dunia sehingga kita bersuka ria melanggar hukum syariat demi kepuasan diri kita semata-mata.

Manusia yang memuji kita pada hari ini belum tentu akan mengingati kita apabila kita sudah tiada kelak. Boleh jadi mereka semua akan melupakan kita.

Namun, ada satu yang kekal tanpa perlu kita risaukan ia pergi iaitu kebaikan yang kita tinggalkan dan wariskan. Kebaikan inilah yang akan memberi cahaya buat kita di alam yang kekal sepertimana yang dijanjikan Allah SWT buat kita. 

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu.” (Al-Israa’: 7)

Nurmala Samin
Guru/Novelis

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia