Media Sosial: Kenapa Ramai Mudah Terpengaruh?

Di media sosial, keterlihatan (visibility), hasil (outcome) dan kesan (impact) suara wasatiyy dan rasional masih rendah dan kecil berbanding dengan aliran-aliran lain yang bersifat populis dan ultra, atau hiburan dan hobi yang lebih menarik perhatian, popular dan sensasi.

Hal ini membawa kepada polarisasi dalam masyarakat dan lebih malang, membawa kecenderungan kepada pemikiran ekstremisme atau ghuluw dengan sikap melampau dalam beramal dengan ajaran agama. 

Pelbagai faktor menyumbang kepada situasi yang sukar ini. Antara yang penting adalah akibat sifat dan kelemahan semulajadi manusia dari sudut kognitif yang menyebabkan pengguna media sosial mudah dipengaruhi oleh kandungan-kandungan bersifat populis dan ultra.

Faktor yang tidak kurang penting juga ialah kecenderungan sosial seperti keinginan manusia untuk diterima oleh orang lain atau dalam kumpulan tertentu dan mentaliti kumpulan (herd mentality) berdasarkan interaksi pengguna media sosial dengan konten yang diterima.  

Faktor tingkah laku yang berlaku dalam kalangan pengguna media sosial boleh difahami melalui gambaran berikut: 

  1. Sikap manusia yang hanya memilih maklumat yang mengesahkan kepercayaan mereka yang sedia ada, atau dikenali sebagai confirmation bias. Apabila berlaku confirmation bias, maklumat yang bertentangan dengan kepercayaan sedia ada akan ditapis dan ditolak secara automatik, walaupun maklumat itu benar. 
  2. Jalan paling mudah dalam membuat pertimbangan ialah mengekalkan pendirian sedia ada tanpa melakukan apa-apa perubahan, atau dikenali sebagai bias status quo. 
  3. Secara automatik, cara kita berfikir dalam membuat pertimbangan ialah melalui heuristik atau jalan pintas yang mudah dengan menggunakan tenaga berfikir yang paling minimum. Dengan itu, tidak hairan jika ramai yang mengambil sikap malas berfikir dan mudah terpengaruh. 

Implikasi daripada kekangan kognitif manusia adalah seperti berikut: 

  1. Pencipta kandungan yang mahir boleh memanipulasi netizen menggunakan intervensi tingkah laku untuk membina persepsi dan kepercayaan tertentu dan seterusnya, mengawal naratif. 
  2. Manipulasi tingkah laku telah dan sedang berlaku secara “Machiavellian” (matlamat menghalalkan cara) dengan memainkan emosi, persepsi, sentimen (kaum, agama dan lain-lain) dan kelemahan kognitif manusia untuk memenangi naratif, termasuklah melalui sebaran berita dan dakyah palsu (misinformation, fake news)   
  3. Manipulasi tingkah laku boleh dilakukan secara bersasar melalui microtargeting berdasarkan demografi atau kecenderungan netizen, melalui kemudahan yang disediakan oleh platform media sosial dan teknologi tertentu, seperti analisis data raya (big data analytics)

Manipulasi tingkah laku telah dilakukan di serata dunia, sama ada untuk tujuan pemasaran atau kempen politik. Skandal Cambridge Analytica, kempen pilihan raya di Amerika Syarikat dan naratif konflik di Timur Tengah adalah beberapa contoh manipulasi tingkah laku. 

Dimensi sosial juga sangat penting dalam mempengaruhi pertimbangan pengguna media sosial. Hal ini berlaku apabila tingkah laku seseorang itu bergantung kepada apa yang orang lain buat, dan apa yang kita fikir orang lain akan buat atau hukum (judge) kita.

Dimensi sosial melibatkan interaksi strategik antara dua pihak atau lebih dan melibatkan individu (pengguna media sosial), pempengaruh, tokoh, organisasi, parti politik, media dan lain-lain. Implikasi daripada dimensi sosial yang melibatkan interaksi strategik boleh diterangkan seperti berikut: 

  1. Ia dipengaruhi oleh algoritma platform media sosial, iaitu “formula” yang digunakan oleh platform untuk menghantar maklumat kepada pengguna berdasarkan kecenderungan, dikenali sebagai feed dalam Facebook atau atau “fyp” dalam TikTok. Algoritma ini boleh memburukkan lagi keadaan sehingga boleh mewujudkan polarisasi dalam kalangan pengguna media sosial dan mewujudkan golongan ekstrem. 
  2. Melahirkan persetujuan (kerjasama) atau pertentangan, seperti juga interaksi yang berlaku di alam nyata dalam hubungan sesama manusia antara kumpulan atau puak, parti, bisnes, hubungan antarabangsa dan lain-lain.   
  3. ⁠⁠Melahirkan pengikut (follower) atau pembenci (hater).

Kesimpulannya, dalam membuat pertimbangan di media sosial, kekangan kognitif menyebabkan pengguna media sosial mudah terpengaruh dengan kandungan yang bersifat populis dan ultra kerana ia dirangka untuk memanipulasi agar lebih mudah dan menarik perhatian dengan memainkan sentimen serta emosi, tanpa perlu membuat pertimbangan yang wajar.

Interaksi yang berlaku dalam media sosial ialah satu persaingan antara pencipta kandungan (content) untuk memenangi hati dan minda pengguna. Pihak yang mempunyai kapasiti (mahir) dan sumber mampu membina dan mengawal naratif di media sosial.

Dengan kata lain, media sosial adalah satu wahana “ghazwatul fikr” (pertembungan idea dan pemikiran) yang sangat  berkuasa kerana ia boleh menerobos kepada setiap individu pada setiap ketika.

Mohammad Abdul Hamid
Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia