Masyarakat prejudis berpotensi hadapi tekanan

Konsultan psikologi klinikal, Puan Azlina Roszy mengulas lanjut ketika disoal mengenai sikap pelampau agama dan kaum yang dilihat memberi ancaman kepada kelompok tertentu.

“Mereka tidak termasuk dalam golongan yang mempunyai masalah mental tetapi kalau mereka bertindak agresif, itu boleh menjadi suatu bentuk jenayah,” katanya.

“Sekiranya masyarakat berada dalam keadaan yang tegang dan tertekan kerana rusuhan atau prejudis yang terlalu tinggi sesama kaum, maka keadaan tertekan itu boleh mewujudkan masalah mental.”

Sebelum itu, beliau berkata, secara psikologi golongan pelampau agama dan kaum ini mempunyai sifat prejudis yang sangat tinggi terhadap golongan yang berbeza.

Malah, masyarakat yang berada di kawasan bergolak akan menghadapi tekanan yang lebih tinggi dan boleh membawa kepada kecelaruan psikologi.

”Prejudis wujud dalam mana-mana kelompok masyarakat, cuma bagaimana ia boleh menimbulkan masalah lain ataupun mempengaruhi tingkah laku.”

“Tahap prejudis mempunyai tahap berbeza dan berkait rapat dengan sejarah lampau,” katanya yang juga merupakan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Selangor.

Namun, beliau memohon supaya masyarakat bersifat adil dalam melabel sesuatu kaum dengan perbuatan tertentu.

“Kita harus bersikap objektif dan jujur apabila menilai sesuatu perkara dan tidak melabelkan sesuatu perkara itu kepada kaum ataupun agama tertentu.”

“Misalnya (berkata) “Orang Cina memang macam ini, dia Melayu sebab itu macam itu”,” jelasnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia