Masjid Tour perkenal Islam

Dengan mensasarkan masyarakat bukan Islam sebagai peserta, ia bertujuan untuk memperkenalkan mereka dengan budaya komuniti Islam di Malaysia.

Menurut Pengarah Program Jamuan Raya Harmoni 2017, Abdul Ghaffar Muhammad Sharif, sambutan ini merupakan pertama kali diadakan yang turut menggabungkan dengan aktiviti masjid.

“Kami bekerjasama dengan pihak Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur kerana mereka mempunyai berpengalaman dan ini juga adalah aktiviti kebiasaan di masjid ini.”

Beliau juga memberitahu bahawa kebanyakan masjid yang membenarkan masyarakat bukan Islam untuk memasuki masjid mempunyai larangan yang tertentu.

“Ada sesetengah masjid membenarkan masyarakat bukan Islam masuk tetapi bukan waktu orang Islam bersolat. Berbeza dengan Masjid Wilayah Persekutuan yang membenarkan mereka masuk untuk solat,” katanya.

Jamuan raya ini pertama kali dianjurkan oleh lebih seratus NGO dakwah daripada Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Allied Coordinating Committee Of Islamic Ngo’s (ACCIN) dan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA).

Abdul Ghaffar menambah, untuk masa akan datang jika jamuan raya ini diadakan lagi, mereka berharap aktiviti ‘Masjid Tour’ ini akan dijadikan aktiviti utama untuk menarik masyarakat mendekati masjid.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia