Masjid al-Aqsa ingin dibahagi dua, 15 NGO lancar kempen Selamatkan Al-Quds

Kempen “Save Al-Quds” atau “Selamatkan Al-Quds” adalah usaha gabungan 15 buah NGO yang memberikan komitmen untuk menentang perancangan zionis Israel yang sedang membahagi-bahagikan bumi suci al-Quds.

Penjajahan Israel telah memulakan fasa baru mereka menerusi proses yang dikenali ‘Judaization’ (pengyahudian) al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Fasa ini merupakan fasa paling berbahaya kerana mereka cuba untuk membahagikan masjid tersebut sedikit demi sedikit antara orang Islam dan orang Yahudi.

Kerajaan haram Israel juga memperkenalkan sebuah rang undang-undang yang memberikan kuasa kepada mereka untuk membahagikan al-Quds.

Sekiranya undang-undang ini diterima, orang Yahudi boleh bersembahyang atau menunaikan ibadah mereka di dalam Al-Quds. Undang-undang ini juga menghalang mana-mana protes atau bantahan di dalam Al-Quds terhadap undang-undang tersebut.

Situasi terkini di al-Quds adalah dalam keadaan terancam di mana pihak zionis Israel sedang menggiatkan usaha menghancurkan Masjid al-Aqsa.

“Telah hampir lima dekad Baitul Maqdis dijajah oleh rejim zionis Israel, dan ketika ini, Menteri Agama Israel dan Knesset (Parlimen Israel) sedang merangka pelan pembahagian Masjid al-Aqsa kepada dua buah bahagian,” kata Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE).

Beliau menambah, kita tidak mahu perkara ini berulang seperti apa yg terjadi di Masjid Ibrahim di Hebron, apabila masjid tersebut dibahagikan kepada dua.

“Rakyat Malaysia berjaya membantu isu Gaza, tetapi kita harus tahu bahawa isu utama kebangkitan rakyat Gaza adalah mempertahankan Masjid al-Aqsa,” ujarnya.

Justeru beliau menyeru kepada semua pihak agar dapat memanfaatkan medium sosial untuk membina momentum ‘Kempen Selamatkan Al-Quds’ ini, lebih-lebih lagi ia merupakan isu kemanusiaan sejagat.

Sidang media turut menyarankan langkah-langkah berikut:

1. Menyeru kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin menerusi sidang khas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mengutuk tindakan membahagikan Masjidil al-Aqsa;

2. Memohon semua masjid di Malaysia mengadakan khutbah Jumaat khas mengenai situasi terkini di al-Quds pada hari 31 Oktober 2014 di samping kutipan derma dan solat hajat;

3. Kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya pengaruh sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB untuk menghalang Israel meneruskan projek ‘Judaization’ Al-Quds;

4. Menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bertindak lebih tegas dengan mengumpul kekuatan negara-negara Islam untuk menghalang projek Israel;

5. Menyeru jasa baik media Malaysia serta antarabangsa membuat liputan dan rancangan khas tentang situasi terkini di al-Quds untuk membangkitkan kesedaran mengenai usaha yang digerakkan Israel;

6. Memohon rakyat Malaysia yang prihatin untuk meneruskan sokongan serta sumbangan projek pembangunan dalam membantu rakyat Palestin baik dari sudut kesihatan dan pendidikan.

NGO-NGO yang hadir ialah MyCARE (Aqsa Syarif), Viva Palestina Malaysia (VPM), WADAH, Global Peace Mission (GPM) Malaysia,  Kesatuan Ulama’ Sedunia (Cawangan Malaysia), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Al-Quds Foundation Malaysia (QFM), HALUAN, Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA), SHURA, Aman Palestin, IKRAM Siswa Nasional dan Palestine Centre of Excellence (PACE).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia