MAS perlu patuh syariah demi keberkatan perniagaan – Ulama IKRAM

IKRAM turut berkongsi rasa kesal dan kecewa yang diluahkan rakyat Malaysia mengenai hidangan arak yang jelas haram mutlak dalam Islam.

Ekoran daripada isu yang dibangkitkan ini, IKRAM merasakan MAS patut mengambil peluang untuk menghentikan terus hidangan arak dalam pesawat. Amalan tidak menghidang arak dalam kabin telah lama dilaksanakan di beberapa syarikat penerbangan negara-negara Islam.

IKRAM juga menyeru supaya pihak pengurusan MAS yang ada sekarang ataupun yang baru kelak menekankan amalan patuh syariah seperti tidak menghidang minuman keras dalam penerbangan dan mengizinkan pakaian menutup aurat bagi pramugarinya.

IKRAM yakin keberkatan pada rezeki dan perniagaan perlu diberi keutamaan. Dengan itu, MAS tidak perlu sangsi dengan amalan patuh syariah seperti tidak menghidang minuman keras kerana ia mengundang keberkatan rezeki dan keuntungan pada perniagaan yang dijalankan.

IKRAM juga yakin tindakan menghentikan hidangan arak akan meningkatkan sokongan rakyat Malaysia dan pelanggan daripada kalangan umat Islam di peringkat antarabangsa untuk memilih perkhidmatan MAS, bahkan daripada kalangan khalayak umum, MAS akan dilihat serius dalam melaksanakan sistem pengurusan yang lebih baik dan profesional serta sentiasa bersedia menerima maklum balas pelanggan dengan sikap positif.

Dengan penambahbaikan yang murni dan menepati syariah ini, IKRAM menyeru seluruh rakyat Malaysia terus membantu dan menyokong MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan ulung negara dan tidak nampak tindakan memulaukan MAS menguntungkan mana-mana pihak.

 

Ustaz Haji Burhanuddin bin Lukman
Pengerusi Jawatankuasa Ulama IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia