Mandela Ikon Pejuang Kebebasan, Rakyat Dunia Kehilangan Seorang Ikon Perjuangan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)  menganggap kematian Nelson Mandela sebagai satu kehilangan  seorang tokoh yang berjasa kepada pejuang kebebasan dan demokrasi dunia.

Mandela merupakan ikon perjuangan menentang kezaliman, penjajahan, perkauman dan penindasan atas nama etnik, kelas dan strata. Malah beliau merupakan sumber inspirasi kepada perjuangan pembebasan di kurun ke 20 selaras dengan ramai tokoh tokoh lain.

Perjuangan Mandela selaras dengan ruh Maqasid Islam yang memperjuangkan kesaksamaan serta keadilan sejagat. Malah kekentalan beliau sehingga dipenjara selama 27 tahun mengingatkan kita kepada perjuangan para pejuang Islam yang juga memperjuangkan keadilan dan kebebasan serta menentang penjajahan dan penindasan terhadap manusia seperti Umar Mukhtar, Ahmad Yasin, Rantisi, dan yang terkini Dr Mohammad Morsi.

Perjuangan Mandela menentang ketidakadilan sistem apartheid mempunyai banyak persamaan dengan perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman dan kekejaman Zionis hari ini.

Semoga semangat Mandela akan terus bersama perjuangan semua warga dunia yang menentang kezaliman dan penjajahan.

Semoga semangat perjuangan Mandela terus mekar dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Takziah buat keluarga Mandela, buat rakyat Afrika Selatan, buat mereka yang berjuang menentang kezaliman dan juga warga dunia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan.

Ustaz Dr Mohd Parid bin Sheikh Hj Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia