Mampukah Joe Biden mengubah persepsi dunia?

Kita telusuri sedikit kisahnya setelah ditabalkan sebagai Presiden Amerika selepas Donald John Trump, Presiden Amerika yang ke-58 gagal mempertahankan kerusi kepresidenannya pada tahun lalu.

 

Media BBC melaporkan bahawa Presiden AS, Joseph Robinette Biden Jr. memberi amaran hari ini bahawa beliau akan menghentikan perkhidmatan sesiapa sahaja yang tidak memperlakukan orang Amerika dengan hormat.

 

“Saya akan bertanggungjawab atas segala kesalahan yang mungkin saya lakukan,” ujarnya semasa pidato pertama beliau di Rumah Putih.

 

Dalam ucapannya itu, beliau mengharapkan pegawainya menghormati semua orang yang bekerja dan mesti membasmi perkauman sistemik.

 

“Kami menghadapi perkauman yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan negara kita telah melalui banyak cabaran dan kita mempunyai tanggungjawab besar,” ujarnya dengan menambah bahawa pentadbirannya akan menyelamatkan ekonomi dan membendung wabak Covid-19 dengan lebih baik.

 

Angkat sumpah jawatan

 

Pada Rabu 20 Januari 2021, beliau yang dikenali dengan Joseph Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

 

“Hari ini kita meraikan kemenangan demokrasi, kita mesti menyembuhkan keretakan dan membuat kebaikan. Saya berjanji untuk menjadi presiden semua orang Amerika dan berusaha untuk kepentingan mereka yang menyokong saya dan mereka yang tidak,” jelas beliau dalam ucapannya setelah mengangkat sumpah.

 

Menurutnya lagi, sejarah tidak bergantung kepada orang tertentu dan masa depan Amerika memerlukan lebih dari sekadar kata-kata, ia memerlukan kesatuan.

 

“Kita bersedia untuk menghadapi apa yang digambarkannya sebagai terorisme domestik dan ekstremisme politik dan mengakhiri perang tanpa peradaban antara Republican dan Demokrat, dan antara liberal dan konservatif.

 

Setelah Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat, beliau akan memimpin rakyat yang dipecah oleh perpecahan politik, penderitaan ekonomi dan wabak Covid-19 yang terus merosakkan dunia.

 

Bersama Biden, Kamala Harris mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden wanita pertama bagi negara itu.

 

Apa yang dilakukan Biden pada hari pertamanya?

 

Menurut laporan media negara itu, beliau menyediakan banyak pesanan eksekutif, yang mana dalam satu kenyataannya pada Rabu menyatakan bahawa beliau akan menandatangani 15 perintah setelah mengangkat sumpah. Dan yang paling menonjol adalah:

 

1. Menarik balik pengunduran AS daripada Perjanjian Iklim Paris oleh Trump.

 

2. Membatalkan izin presiden yang diberikan kepada saluran paip Keystone XL, yang ditentang oleh ahli alam sekitar dan penduduk asli Amerika.

 

3. Membatalkan dasar penguatkuasaan imigresen Trump dan deklarasi darurat yang membantu membiayai pembinaan tembok sempadan dengan Mexico.

 

4. Memaksa pemakaian pelitup muka pada kakitangan kerajaan dan di bangunan persekutuan, dan penubuhan pejabat baru untuk membendung Covid-19 di Rumah Putih.

 

5. Mengakhiri larangan perjalanan pelawat dari beberapa negara umat Islam.

 

Manakala pesanan lainnya menyentuh masalah perkauman dan jantina serta isu iklim di negara itu.

 

Apa yang telah dilakukan Biden pada malam perasmiannya?

 

Sebelumnya, Presiden Amerika yang ke-46 ini merancang untuk menaiki kereta api ke Washington seperti yang telah dilakukannya berkali-kali selama bertahun-tahun sebagai senator.

 

Namun, dalam situasi pandemik di seantero dunia dan semua langkah keselamatan yang diperketat, beliau memilih untuk terbang dengan jet peribadi ke Joint Base Andrews. Lebih menarik, beliau mengambil alih jawatan presiden Amerika Syarikat dalam keadaan yang luar biasa.

 

Pada petang Selasa, Biden dan Harris berdiri di Tugu Peringatan Lincoln untuk menghormati 400,000 orang Amerika yang telah meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

 

Kedua-duanya hampir bersendirian di plaza National Mall yang mana hampir 200,000 bendera AS dipasang untuk mewakili orang ramai yang tidak akan hadir dalam perasmiannya pada hari Rabu.

 

Pada Selasa, Biden mengalirkan air mata ketika bersiap untuk meninggalkan kampung halamannya di Wilmington, Delaware.

 

“Ini adalah masa sukar, tetapi selalu ada harapan,” katanya kepada puluhan penyokongnya.

 

Pada malam Selasa, Biden dan isterinya, Jill tinggal di Blair House, sebuah kediaman bagi ketua negara dan pengunjung penting lain di seberang jalan dari Rumah Putih.

 

Apa ‘mood’ di Washington?

 

Kira-kira 25,000 pasukan Pengawal Nasional mengawal Capitol, Rumah Putih dan National Mall. Washington kelihatan kosong daripada warga dan ibu kota berubah menjadi kawasan hijau dan merah.

 

Sebelum Biden tiba di kota tersebut, 12 anggota Pengawal Ketenteraan Nasional dikeluarkan daripada misi keselamatan presiden setelah didapati mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan sayap kanan dan mereka telah menyebarkan pandangan ekstremis di Internet. Namun, media melaporkan bahawa tidak ada ancaman terhadap Biden.

 

Trump keluar dari Rumah Putih

 

Dalam perkembangan lain, mantan Presiden, Donald Trump terbang dari Washington ke Florida setelah menyampaikan ucapan terakhir di Joint Base Andrews. Untuk kali terakhir, Trump terbang dengan pesawat presiden AS, Air Force One.

 

Trump yang ditemani isterinya, Melania menaiki Air Force One yang menunggu mereka di lapangan terbang Joint Base Andrews pada Rabu pagi waktu tempatan. Sebuah lagu ‘My Way’ oleh Frank Sinatra mengiringi pemergian Trump ke Florida dengan Air Force One.

 

Sebelumnya, Trump mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan kakitangannya atas kerja keras mereka selama empat tahun ketika beliau menjadi presiden. Selain itu, beliau juga memuji Melania sebagai Wanita Pertama AS yang disebutnya bermaruah dan sangat popular.

 

Tidak ketinggalan, Trump mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kakitangannya, Mark Meadows dan Naib Presiden, Mike Pence yang telah bersamanya selama empat tahun. Namun, Pence sendiri tidak menghadiri upacara perpisahan Trump, tetapi akan menghadiri perasmian Biden.

 

Melanggar tradisi 

 

Kelainan yang dilakukan Trump ialah beliau melanggar tradisi dengan terbang keluar dari Washington DC ketika masih berkhidmat sebagai Presiden AS. Beliau meninggalkan Rumah Putih pada pagi sebelum Biden mengangkat sumpah dengan helikopter Presiden AS, Marine One dan terbang ke Florida dengan Air Force One.

 

Biasanya, penerbangan terakhir Presiden AS yang mengakhiri jawatannya disebut sebagai Misi Udara Khas kerana kapal terbang presiden hanya dapat digunakan oleh Presiden AS yang sah.

 

Dengan Trump meninggalkan Rumah Putih ketika masih menjadi Presiden AS, beliau tetap aktif semasa penerbangannya ke Florida. Trump secara rasmi akan menamatkan penggalnya pada hari Rabu waktu AS, ketika Biden secara rasmi mengangkat sumpah.

 

Harapan dunia

 

Amerika Syarikat di bawah pemerintahan Joe Biden diharapkan dapat mengembalikan proses menyelesaikan konflik Israel dan Palestin ke meja rundingan atau jalan diplomatik.

 

Pada November tahun lalu, pemimpin Palestin menyatakan harapan yang tinggi untuk melihat hubungan negaranya dengan Washington dapat dipulihkan semula selepas pelbagai ‘kerosakan’ yang telah dicetuskan oleh Donald Trump.

 

Sebagaimana yang dilaporkan Arab News, bekas Datuk Bandar Bethlehem dan Ahli Dewan Kebangsaan Palestin, Vera Baboun berkata;

 

“Rakyat Palestin meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan AS yang baharu berhubung soal keamanan dan kami berharap Joe Biden akan memberikan reaksi positif untuk mengundang Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ke seminar antarabangsa bagi keamanan pada tahun 2021,” katanya.

 

Selain itu, Malaysia juga turut berharap perubahan positif bakal berlaku dalam suasana global di bawah pemerintahan Presiden baharu Amerika Syarikat, Joe Biden.

 

Beberapa negara lain juga menzahirkan harapan yang sama sebagaimana Malaysia demi mencapai keamanan dunia. Bersama kita doa dan nantikan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia