Malaysia Negara Rahmah

12 Ciri Negara Rahmah IKRAM

Kepemimpinan yang terbaik dan berwibawa, memiliki kebolehan dan kemahiran tadbir urus yang terbaik sehingga mampu mengangkat negara dan rakyat maju ke hadapan.

Membudayakan amalan syura, membuka ruang luas kepada semakan dan penilaian semula terhadap semua ketetapan agar tindakan lebih tepat dan menghasilkan impak yang terbaik.

Pembahagian peranan secara saksama, pelantikan pegawai yang amanah, mahir dan cekap, serta pembentukan jentera pentadbiran yang mampu menggalas tanggungjawab.

Menyantuni rakyat dengan undang-undang yang adil dalam semua keadaan, menjadikan kehidupan rakyat sejahtera, memiliki kedudukan yang setara, hak dan tangungjawab yang sama

Rakyat memiliki disiplin dan kualiti masyarakat yang progresif, terasuh dengan nilai-nilai kehidupan yang mulia dan sentiasa berbekal dengan maklumat yang benar.

Masyarakat yang baik, progresif dan peka dengan keadaan ahli-ahlinya lahir daripada rangkaian institusi-institusi keluarga yang utuh, rapat dan prihatin terhadap sesama anggotanya.

Kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya adalah satu kelainan yang ada pada rakyat Malaysia yang sepatutnya dihormati dan diiktiraf keberadaannya.

Ekonomi negara yang mampan hanya akan lahir daripada usaha-usaha pembangunan ekonomi yang menyeluruh oleh rakyat yang aktif dan pihak pemerintah yang bersungguh-sungguh.

Kekayaan negara diagihkan saksama dan tidak berlegar hanya dalam kalangan sekumpulan kecil masyarakat, agar tidak wujud jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin.

Pembangunan negara yang berlangsung tanpa menyebabkan apa-apa kerosakan kepada persekitaran dan alam, juga sewaktu berlaku pemanfaatan seluruh sumber alam sepenuhnya tanpa pembaziran

Negara yang peka dengan kebajikan rakyatnya seperti keperluan asas kehidupan yang mencukupi, rumah kediaman, kemudahan kesihatan, pengangkutan dan pendidikan yang sewajarnya.

Menerajui usaha keamanan sejagat, saling menghormati, sentiasa melibat urus dengan negara-negara lain secara membina bagi mewujudkan suasana setiakawan, saling membantu demi kemakmuran bersama.

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia