Majlis Ramah Mesra Syawal IKRAM Sederhana Namun Meriah

SERI KEMBANGAN – Majlis Ramah Mesra Syawal IKRAM hari ini dirai secara sederhana namun meriah bertemakan ‘Tautkan Jiwa Bersama’ dan #HandsOffRafah.

Hampir 200 orang tetamu melibatkan Timbalan Menteri, Ahli Dewan Negara, Ahli Parlimen, Exco, kementerian agensi kerajaan, institusi, NGO-NGO pelbagai kaum dan rakan media hadir memeriahkan majlis.

Para tetamu diraikan Presiden IKRAM Hj Badlishah Sham Baharin, Timbalan Presiden Jusni Yusoff, Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Naib Presiden Prof Dr Hanim Salleh dan Ketua Wanita Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan kakitangan ibu pejabat.

Majlis diserikan dengan ucapan aluan Presiden IKRAM serta perkongsian perkembangan misi flotila ke Gaza oleh Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha dan CEO MyCARE, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

Hadir dalam majlis itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Ahli Dewan Negara YB Senator Isaiah Jacob, Ahli Parlimen Bangi YB Syahredzan Johan, Exco Selangor YB Pn Anfaal Saari, Penasihat Kumpulan Karangkraf Dato’ Hussamuddin Yaacub, Nazri Kahar (Astro Awani) dan pakar maqasid syariah Prof Dr Jasser Auda.

Selain itu, Ketua Pengarah IKIM Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, Yang Dipertua YADIM Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ketua Pengarah JPNIN Dato’ Hj Che Roslan Che Daud, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya JKM Datin Dr Rozbizah Abdul Aziz dan Ahmad Azri Ahmad (LPPKN) turut hadir ke majlis tersebut.

Rakan-rakan NGO yang hadir antaranya Azizuddin Ahmad (Setiausaha Agung WADAH), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Presiden ABIM), Ir Hj Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin (CEO ACCIN), Ir Stanley Yong Yew Wei (Huazong & GBM), Jason Leong (Better Dads Malaysia), Hj Fakhruddin Abd Karim (Pengerusi Ihsan Care) dan Hj Idris Omar (Pengerusi Yayasan Buruj).

Majlis yang dihoskan oleh Ahmad Ubaidah Azmi dan Khairul Naim Khairul Anuar turut diserikan dengan video iklan raya IKRAM, persembahan lagu raya oleh Nu’man (Zeyad) dan Muhammad Syafiq Ismail Jali serta alunan seruling oleh Wan Asyraf Wan Rosdee.

Semoga majlis ini dapat mempertautkan jiwa untuk bersama-sama mengukuhkan hubungan dan keharmonian, demi membina dan membangunkan Malaysia yang lebih baik, insya-Allah.

Sekalung penghargaan buat semua urus setia dalam kalangan kakitangan Ibu Pejabat IKRAM yang diketuai Pn Hanifah Jailani, yang bertungkus lumus dalam mengurus dan menjayakan majlis ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia