Majlis Ramah Mesra Sempena Aidilfitri IKRAM penuh mahabbah

Selain kehadiran Jawatankuasa Pusat IKRAM, Jawatankuasa IKRAM Selangor dan sekitar 2,000 ahli IKRAM, majlis ini turut dihadiri wakil beberapa NGO seperti Integrated Muslim Associations Network (IMAN) Selangor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muslim Care, wakil Partai Keadilan Sejahtera (PKS) dan juga ADUN Hulu Klang YB Saari Sungib.

Selain daripada ucapan Presiden IKRAM dan YDP IKRAM Selangor, majlis ini diserikan dengan bacaan syair Arab oleh Syeikh Abu Ammar dan perkongsian Aqsa Syarif oleh Dr Tahir Abd Rahman dan Ar Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf yang menceritakan pengalaman mengharungi konvoi misi kemanusiaan Aqsa2Gaza2 pada bulan Ramadan yang lalu.

Makanan tradisi sempena Aidilfitri telah dihidangkan kepada hadirin seperti sate, nasi impit, soto, rendang, roti jala dan kuih muih. Selain itu, lapan ekor kambing golek yang menjadi menu istimewa turut dihidangkan dalam majlis ini yang dikendalikan oleh pembekal makanan, Syarikat Al-Amin Eduniaga. Kambing-kambing tersebut disumbangkan oleh lapan IKRAM Daerah di negeri Selangor. Sebanyak 300 belon pula habis  diedarkan kepada kanak-kanak oleh seorang badut yang sibuk melayan karenah mereka.

Iringan lagu-lagu nasyid dan celoteh DJ Hafiz Bai daripada Alunan Firdausi Entertainment turut menceriakan majlis. Persembahan kumpulan sketsa daripada UPSI juga memeriahkan majlis dengan lakonan bersahaja, menyampaikan mesej positif dan bermakna. Persembahan Muadz turut menarik perhatian dengan lagu-lagu yang dinyanyikan dengan penuh semangat.

Majlis yang bermula 10.00 pagi ini berakhir menjelang Zohor.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia