Majlis Hi-Tea Masyarakat Madani IKRAM Terengganu himpun NGO, agensi Islam

Dua wakil agensi Islam yang hadir ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang diwakili sendiri oleh Pengarah yang baru dilantik iaitu Ustazah Hjh Samsiah Dato’ Awang dan Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Terengganu diwakili Pegawai Agama, Ustaz Hj Ariffin serta kakitangan mereka.

Selain tuan rumah IKRAM Terengganu, sebanyak 9 NGO Islam di Terengganu hadir ke majlis ini iaitu HALUAN, ABIM, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Persatuan Darul Fitrah Malaysia dan Persatuan Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Persatuan India Muslim Terengganu,  Pertubuhan Bekas Pemimpin Kanan Pelajar Terengganu (PEMIKIR) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT).

Dalam ucapan aluan YDP IKRAM Terengganu, Ustaz Mohd Lokman Dato’ Awang, beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian semua pimpinan utama NGO dan agensi Islam di Terengganu untuk hadir ke majlis ini. Beliau mengajak agar semua NGO Islam untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dalam menggerakkan usaha-usaha dakwah dan amar makruf nahi mungkar di negeri ini.

Beliau percaya menerusi jalinan ukhuwwah dan kerjasama yang padu di antara penggerak-penggerak dakwah di negeri ini, ia mampu mencipta banyak kejayaan dalam misi bersama untuk mendaulatkan syariat di negara ini.

Pengarah JHEAT, Ustazah Samsiah (gambar kanan), dalam ucapan khas beliau sempena majlis ini merakamkan ucapan penghargaan beliau kepada IKRAM kerana berjaya mengumpul NGO-NGO Islam di negeri ini. Beliau yakin dengan usaha-usaha sebegini akan membantu usaha jabatan beliau di dalam memartabatkan Islam di negeri Terengganu khususnya. Beliau juga bersedia memberikan bantuan dan sokongan kepada usaha-usaha dakwah dan kebajikan yang dilakukan oleh NGO-NGO Islam di negeri ini.

Para hadirin juga dihidangkan dengan montaj IKRAM Terengganu sambil menjamu selera dan berkenal-kenalan sesama yang hadir sebelum Setiausaha IKRAM Negeri, Hj Zulkifli Ali menyampaikan penerangan tentang misi dan aktiviti IKRAM Terengganu.

Beliau menyebut antara fokus utama IKRAM Negeri ialah membangun dan membina institusi pendidikan Islam swasta di negeri ini menerusi rangkaian pendidikan sekolah Al-Amin yang setakat ini sudah ada empat buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah.

Beliau juga memaklumkan bahawa IKRAM Terengganu bakal membangunkan dua buah sekolah lagi dalam masa yang terdekat iaitu sebuah sekolah rendah di Besut dan sebuah sekolah menengah di Dungun. IKRAM Terengganu juga giat di dalam program pentarbiahan ahli, pembangunan wanita, khidmat masyarakat dan juga mengorak langkah di dalam bidang dakwah kepada yang belum Islam.

Sesi memperkenalkan organisasi masing-masing juga menjadi salah satu aturcara penting di dalam program ini. Selesai sesi perkenalan, majlis bersetuju untuk mewujudkan satu kumpulan komunikasi maya e-group bagi memberi peluang kepada setiap organisasi berkongsi program dan kegiatan masing-masing selepas ini.

Di samping itu, majlis ini juga bersetuju agar pertemuan kedua di kalangan pimpinan NGO Islam diadakan dengan kerjasama pihak JHEAT selepas ini. Semoga program ini membuahkan satu gabungan NGO Islam yang kuat di negeri ini selepas ini insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia