Majlis Hi-Tea eratkan hubungan pimpinan IKRAM dengan pihak media

Majlis ini bertujuan untuk merakamkan IKRAM kepada pihak media atas kerjasama mereka dalam menyebarkan mesej dan pendirian IKRAM di kalangan masyarakat selain memperkenalkan IKRAM, pimpinan IKRAM dan aktiviti IKRAM dalam dakwah, tarbiah dan kebajikan.

Pihak media yang hadir dalam majlis yang bertemakan ‘Media Pemangkin Negara Rahmah’  ini ialah Sinar Harian, Astro Awani, Harakah, Harakahdaily, The Malaysian Insider (TMI), Bernama Radio 24 dan Mynewshub.

Suasana majlis dan perasmian

Selain kehadiran wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Pustaka Darul Iman (PDI), Islamic Relief Malaysia (IRM), Creative Tank Studio, Malaysia Harmoni dan Risalah Harmoni, majlis ini turut menerima tetamu istimewa iaitu Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Antara tetamu media yang hadir ialah Saudara Nazri Kahar (Pengacara Analisis Awani), Saudari Lailatun Khalilah Nasir (Editor Tugas Khas Sinar Harian), Saudara Mohamad Letfee Ahmad (Pengarang Urusan Bernama Radio 24), Saudara Azmi Ibrahim (Ketua Editor Bahagian Majalah DBP) dan Saudara Zulkifli Sulong (Features & Analysis Editor TMI), Saudara Mohd Mokhtar Ruzaidi (Ketua Pegawai Operasi Harakah) dan Saudara Shuhaimi Embong (Pengurusan IT Harakahdaily).

Pimpinan IKRAM yang hadir adalah Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung Hj Nahar Md Nor, Naib Presiden Hj Zaid Kamaruddin, Ketua Wanita Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, beberapa Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM serta wakil Wanita IKRAM dan IKRAM Wilayah Persekutuan.

Dialog Santai dan soal jawab (Foto: Soalan oleh Sdr Letfee dan Sdr Azmi)

Agensi IKRAM yang hadir ialah IKRAM-MUSLEH yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor dan MyCARE yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Hj Ibrahim Mohamad.

Selesai ucapan aluan oleh Hj Mahdzir Pengerusi Jawatankuasa Penerangan & Media dan perasmian majlis oleh Dr Mohd Parid, para tetamu dijemput menikmati hidangan hi-tea sambil mendengar Dialog Santai bersama Naib Presiden Hj Zaid Kamaruddin di mana Dai Azam al-Kankari menjadi hosnya.

Hj Zaid yang juga Pengerusi Gerakan Negara-Ku membicara tentang tema majlis berkenaan peranan media untuk menjadi pemangkin kepada negara rahmah. Majlis seterusnya diikuti dengan soal jawab para tetamu mengenai media dan pandangan IKRAM mengenai pelbagai isu semasa.

Semoga pertemuan sebegini dapat mengeratkan hubungan IKRAM dengan pihak media dalam membangunkan Malaysia sebagai negara rahmah melalui penyebaran berita yang positif untuk masyarakat, insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia