Menurut Pengerusi Tarbiah dan Modal Insan IKRAM, Hj Ahmad Raji Yaakub, program bertujuan untuk peserta memahami perubahan diri dari sudut fizikal, mental dan emosi diri serta bagaimana mengurus kesihatan pada usia matang.
“Selain itu, peserta dapat memahami bagaimana mengurus keperluan dan hubungan serta komunikasi suami isteri pada usia matang dan bagaimana mengurus masa pada usia matang dalam aspek dakwah, amalan dan niat,” jelasnya.
Tambahnya, program ini menyasarkan peserta dalam kalangan ahli IKRAM yang usia perkahwinannya 21 tahun ke atas dan juga ahli-ahli IKRAM yang berminat.
Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemantapan Kesejahteraan Ahli (PeKA) Kawasan Bandar Baru Bangi, Kajang, Putra Mahkota dan Sepang dengan kerjasama Akademi IKRAM.
“Lebih menarik, program ini bakal menampilkan dua orang penceramah jemputan yang berpengalaman iaitu Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Pustaka dan Puan Hajah Kamaliah Noordin, Timbalan Pengerusi IKRAM MUSLEH,” ujarnya.
Program bakal berlangsung di Bilik Seminar, Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Dengan yuran serendah RM50 untuk setiap pasangan dan RM30 untuk individu, mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan http://bit.ly/mahligairahmah19 dengan tarikh tutup pendaftaran pada 18 April 2019.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Idayu http://www.wasap.my/60192273155/.
Ahmad Raji melahirkan keyakinan program ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan memberi manfaat dalam meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan keluarga ahli-ahli IKRAM.