Lobi menangkan isu Palestin

Berlangsung pada 17 Ogos lalu, program ini adalah anjuran bersama Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) dengan kerjasama NGO MyCARE, PACE, QFM, BDS, Viva Palestina Malaysia, MAHAR dan GPMS.

Objektif forum ini adalah untuk membincangkan mengenai kepentingan sokongan dari peringkat orang awam sehingga peringkat atasan, cabaran gerakan boikot BDS di Malaysia, peranan NGO, pelajar dan media dalam memperjuangkan isu Palestin.

Turut diundang, tetamu khas iaitu Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia yang mengupas mengenai polisi Amerika yang samar, ketidakstabilan Timur Tengah, PBB dan EU yang gagal berperanan serta bagaimana advokasi dan melobi antara cara efektif memenangkan isu Palestin.

  

Ucapan Tan Sri Rastam dan para panelis forum

Forum “Melobi Dalam Konteks Malaysia” membawakan empat panelis hebat yang mempunyai pengalaman luas dalam memperjuangkan isu Palestin iaitu Mr. Zahir Birawi (Pengerusi EuroPal), Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail (Pengerusi BDS Malaysia), Mr. Muslim Imran (Pengerusi PCOM), Ms. Rawan Damen (Pengasas PalestineRemix) serta Sdr. Khalid Jimat (PACE) sebagai moderator.

Dalam forum itu, Zahir meyarankan supaya mengambil contoh usaha-usaha yang dilakukan bagi mengeluarkan Afrika Selatan daripada kancah aparteid dan penjajahan.

“Di Malaysia, kita harus giat menerangkan dan menjelaskan dengan lebih tentang konflik di Palestin, bukan dari sudut agama sahaja, namun yang lebih penting adalah dari sudut kemanusiaan dan aspek politik,” jelasnya.

Usaha-usaha ini termasuklah mengembangkan skop perbahasan para aktivis melobi dari setiap sektor dan sudut serta membincangkan secara umum tentang perampasan hak dan pelanggaran pelbagai undang-undang antarabangsa oleh rejim Zionis.

Prof. Nazari pula berkongsi mengenai peranan gerakan Boycott, Divestment & Sanction (BDS) terhadap jenama-jenama utama penyokong Israel antaranya HP, G4S, Caterpillar dan Hyundai Heavy Industries, yang amat efektif dan dapat menjejaskan kekuatan Israel.

“Gerakan BDS amat efektif dan dapat menjejaskan kekuatan Israel yang membuatkan mereka selalu cuba menundukkan gerakan ini sepertimana yang dijanjikan Hillary Clinton dalam manifestonya yang akan mengharamkan BDS jika dia berjaya menjadi Presiden,” ujarnya.

Dalam konteks peranan media, Rawan Damen menyarankan supaya kita perlu menjadi kreatif dan mempelbagaikan wadah untuk menjadikan kisah yang menarik perhatian serta membuahkan hasil dalam memperjuangkan isu Palestin.

Sementara itu, Muslim Imran pula mengupas tentang peranan NGO antaranya mempengaruhi dan mendesak para ahli politik untuk lebih aktif dan menjadikan isu Palestin sebagai agenda utama di samping berkerjasama, memperkasakan antara satu sama lain dan bersatu padu menyuarakan pendapat dan sokongan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia