Lebih 50% dewasa terima dos penggalak

SERI KEMBANGAN – Sejumlah 11,889,785 individu dewasa atau 50.8 peratus daripada populasi kumpulan itu telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, pada Ahad.

 

Berdasarkan data CovidNow seramai 22,924,199 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,942 atau 88.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi sementara 2,867,585 atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

Sebanyak 78,731 dos vaksin diberikan melibatkan 510 dos pertama, 728 dos kedua dan 77,493 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,466,293 dos.

 

Dalam pada itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan (KKM), lapan kematian Covid-19 dilaporkan pada Ahad dengan dua dicatatkan di Johor, tiga di Perak, dan masing-masing satu kematian di Melaka, Pahang dan Terengganu.

 

Kes baharu positif Covid-19 pada Ahad menurun kepada 4,915 kes berbanding 5,139 kes pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan penularan kepada 2,865,984.

 

“Daripada jumlah tersebut, 4,876 kes atau 99.2 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua manakala 39 kes lagi kategori tiga, empat dan lima,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Beliau berkata, kes tempatan yang direkodkan sebanyak 4,727 kes dengan 4,573 daripadanya adalah warga tempatan manakala 154 lagi bukan warganegara.

 

“Manakala 188 kes import pula dikesan dengan 111 daripadanya warga negara dan 77 lagi bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

 

Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pula sebanyak 3,056 sekaligus menjadikan kes kumulatif pulih kepada 2,780,771.

 

“Sebanyak 14 kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kluster kepada 6,413 kluster dengan 301 daripadanya adalah kluster aktif manakala 6,112 kluster telah tamat.”

 

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kadar jangkitan (Rt) Covid-19 negara pada Sabtu ialah 1.14 dengan terdapat lima negeri termasuk wilayah berada pada melebihi paras kebangsaan iaitu Negeri Sembilan dan Putrajaya masing-masing 1.20 diikuti Kedah (1.18), Perlis (1.15) dan Kedah 1.18.

 

Negeri yang merekodkan nilai melebihi 1.0 dan ke atas pula ialah Melaka dan Kuala Lumpur yang masing-masing mencatatkan 1.13; Selangor (1.10); Pulau Pinang dan Kelantan (1.07); Sabah dan Perak (1.04); Pahang (1.03) dan Sarawak (1.0).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia