Lebih 400,000 Duduki SPM 2022 Bermula Hari Ini

Lebih 400,000 Duduki SPM 2022 Bermula Hari Ini | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Seramai 403,637 calon menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang membabitkan 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini hingga 15 Mac.

“Semua calon diingatkan agar sentiasa merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurutnya, seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.

“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.”

Selain itu, KPM turut mengingatkan calon untuk mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan.

“Ini bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM tahun 2022 berlangsung dengan baik.”

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek meninjau hari pertama SPM 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor. 

Beliau juga memberi kata-kata semangat kepada calon-calon SPM tahun 2022 dan mendoakan agar dipermudahkan urusan serta mencapai kejayaan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia