Lebih 3,500 Sertai PRINT 5, Fokus Silang Budaya

Lebih 3,500 Sertai PRINT 5, Fokus Silang Budaya | IKRAM

KUALA KUBU BHARU – Kira-kira 3,567 anggota kadet remaja termasuk jawatankuasa pelaksana dari tiga negara menyertai Perkhemahan Internasional Kadet Remaja Sekolah Musleh ke-5 (PRINT 5) 2023 pada 24-27 Disember lalu di Kem Bina Semangat, di sini.

Dengan tema “Silang Budaya Wadah Perpaduan Masyarakat Rahmah,” para peserta perkhemahan tersebut terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah Malaysia (KRSM) dari Malaysia, Pramuka dari Indonesia dan Lukse dari Thailand.

PRINT 5 telah dirasmikan oleh wakil Menteri Pendidikan Malaysia, Tn Nazar Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Beliau diiringi Prof Dr Omar Yaakob, Pengerusi Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Institusi IKRAM.

Tn Nazar mengucapkan tahniah dan merakam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan antarabangsa kali ini, terutamanya KRS Musleh serta rakan dari negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand, dan berharap program ini lebih memupuk semangat persaudaraan sepertimana semangat solidariti terhadap Palestin.

Pengarah Eksekutif MIEB, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor berkata, PRINT 5 dianjurkan untuk menjalin ukhuwah, mengasah bakat, menampilkan jati diri anggota yang selalu menebar kebaikan dan menghayati akhlak Islamiah agar mampu membangun ummah dan manusia sejagat kelak.

Beliau yang juga merupakan Penaung KRS Musleh itu menjelaskan bahawa PRINT 5 kali ini memiliki keunikannya yang tersendiri.

“Semua peserta mempunyai ruang dan peluang yang cukup luas untuk mempromosi dan mengenali pelbagai budaya, tatasusila dan adat resam pelbagai kaum sekali gus menjadi duta kecil negara masing-masing melalui aktiviti yang dirancang,” tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi PRINT 5, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa berkata, selain menyuburkan semangat solidariti terhadap Palestin, beliau berharap para peserta lebih mengetahui tradisi di setiap negara serta dapat saling mengeratkan hubungan antara satu sama lain. 

“Diharapkan agar program high impact seperti ini menjadi pencetus kepada perhubungan yang lebih erat antara sekolah-sekolah rangkaian Musleh dengan sekolah-sekolah arus perdana di Malaysia dan negara-negara jiran.”

“Pendedahan terhadap bidang kerjaya, lawatan yang membuka minda dan pertandingan secara sihat membolehkan para peserta mendapat pengalaman berukhuwah yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi KRS Musleh menyasarkan untuk menjemput dua buah lagi negara iaitu Brunei dan Singapura bagi penganjuran PRINT ke-6 nanti. 

PRINT 5 kali ini mengetengahkan pelbagai acara dan aktiviti menarik untuk para peserta seperti aktiviti berbentuk inovasi melibatkan acara robotik dan dron serta aktiviti berbentuk integrasi silang budaya melibatkan makanan tradisional, bahasa, pakaian, permainan yang dilakukan secara dalam kumpulan, ziarah mahabbah, rekreasi tali dan orienteering.

Selain itu, turut dilaksanakan aktiviti kerohanian seperti Quran Time dan PRINT Berselawat, serta aktiviti persembahan dan perkongsian seperti Malam Solidariti Palestin, Konsert Perdana oleh kumpulan nasyid Raihan, Saff-One dan FINE, bicara tokoh, Basic Self Defense (BaSeD), tarian dan muzik tradisional serta malam kebudayaan.

PRINT 5 telah melabuhkan tirainya dengan beberapa persembahan yang menarik seperti persembahan seni pertahanan diri silambam, wusyu dan Gerak Perpaduan 3 Negara, di samping persembahan khas kontinjen Indonesia.

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Badlishah Sham Baharin telah merasmikan majlis penutup PRINT 5. Beliau berkongsi inspirasi tentang kecekalan saudara-saudara Muslim yang sedang berjuang di Gaza dan turut menyatakan harapannya agar perkhemahan ini mampu membina generasi yang mampu menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian mock cheque sumbangan sebanyak RM482,507.15 untuk Palestin yang berjaya dikutip sepanjang kempen solidariti Palestin, termasuk kutipan ketika PRINT 5 kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Lagi foto PRINT 5: https://linktr.ee/krsmusleh 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia