Lebih 1,200 sertai PRINT’14

PRINT’14 ini adalah kali yang ketiga diadakan oleh KRSM dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), IKRAM-MUSLEH dan Kementerian Pendidikan Malaysia. PRINT sebelumnya telah diadakan pada 2009 di Ulu Yam, Selangor dan pada 2011 di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Sebanyak 13 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) dan 14 Sekolah Menenegah Islam (SMI) dalam sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH menyertai PRINT’14 termasuk Pramuka Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) dari Indonesia dan Luk Se dari Thailand.


Bertemakan ‘Ukhuwah Teras Perjuangan’, PRINT’14 diadakan bagi merapatkan ukhuwwah antara anggota kadet dalam dan luar negara, mengadakan aktiviti berbentuk pertunjukan dan pertandingan kemahiran serta mengadakan pengisian kebudayaan dan IT (Iman dan Taqwa).

PRINT’14 dimeriahkan dengan pelbagai perkongsian, pertunjukan dan pertandingan kemahiran seperti Pertandingan Kawad Kaki & Basic Self Defense (BaSeD),  persembahan seni bela diri, program ‘Izzah Nusantara (SMI) dan Sahabat OSEM! (SRI), Pertandingan Masakan Rimba, Orienteering dan Obsrace, Pertandingan Bantu Mula dan Gajet, Kem Kraf serta Malam Kebudayaan.

Dalam pertandingan-pertandingan PRINT’14, Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) Jeram muncul Johan keseluruhan dalam kategori Syabab dan Fatayat (SMI) sementara Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru menjadi johan keseluruhan bagi kategori Syabab dan Fatayat (SRI).

Majlis penutup PRINT’14 dan Dr Omar bersama pimpinan KRS MUSLEH, Pramuka JSIT Indonesia dan Luk Se Thailand

Majlis penutup PRINT’14 dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob.

Tahniah kepada pihak penganjur, peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan nasional yang bersejarah ini. Moga menjadi pemangkin ukhuwah dan perjuangan antara negara-negara yang menyertainya, insyaa-Allah.


Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia