Lawak lucah norma baharu? 

Justeru, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Wanita IKRAM, Persatuan Penduduk Taman Ukay Bistari (Ampang) dan Cybersecurity Malaysia telah menganjurkan Forum Online ‘Analisis Gangguan Seksual di Sekolah’ yang berlangsung secara maya pada Sabtu lalu. 

 

Panelis yang terlibat dalam forum tersebut adalah Lt Kol Mustaffa Ahmad (B) C|CISO, Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti, Cybersecurity Malaysia, Dr Zaharah Sulaiman, Pensyarah Perubatan, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dan Puan Dzilal Abdul Aziz, Kaunselor dan Pengurus Rumah Perlindungan TERATAI. 

 

“Kita semua harus cakna dengan kesan lawak sebegini terhadap psikologikal mangsa. Cuba bayangkan kalau mangsa tersebut kena hadir ke sekolah/tempat kerja, lawak tu berlaku pada setiap hari.”

 

“Dia mesti akan trauma dan dalam jangka masa panjang mungkin boleh berikan kesan sampai depresi dan mahu bunuh diri,” kata Dzilal yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM). 

 

Menurut Dr Zaharah Sulaiman juga, “Anything that is unwanted and unwelcomed, is known as a harassment.”

 

Beliau menegaskan bahawa kita harus peka terhadap jenis gangguan seksual yang datang daripada pelbagai kategori iaitu fizikal, visual, psikologi dan lisan. 

 

“94 peratus daripada kanak-kanak Malaysia terdedah kepada pornografi dalam talian dan antara ciri pengguna yang berisiko terhadap jenayah dan buli siber ini terdiri daripada mereka yang cuai, jahil, naif dan tidak ambil peduli,” terang Mustaffa.

 

Beliau menjelaskan lagi bahawa tiada akta yang khusus dan undang-undang berkaitan dengan buli siber serta kurang kesedaran isu buli siber dalam kalangan pengguna Internet.

 

Dr Zaharah menjawab persoalan bahawa antara faktor yang menyebabkan lawak sebegini sudah menjadi satu budaya adalah kerana tiada tindakan yang diambil, penyalahgunaan kuasa/pangkat dan mangsa yang risau jika mereka cuba bersuara, akan diperlekehkan oleh masyarakat sekeliling. 

 

If you’re not comfortable, take a step back and learn to say no. Trust your instinct and create a boundary,” kata Dzilal. 

 

Beliau memberikan panduan supaya kita peka terhadap sekeliling dan percaya pada naluri jika berhadapan dengan situasi yang mengancam keselamatan kita. 

 

Menurut Mustaffa, Cybersecurity Malaysia juga mempunyai servis Cyber999 iaitu tempat untuk melaporkan sebarang jenayah atau buli siber. 

 

If you have a problem, face it don’t facebook it. Selagi belum dilaporkan, tiada sebarang tindakan yang boleh diambil,” kata beliau. 

Peranan kedua ibu bapa sangat penting untuk sentiasa memantau cara anak mereka menggunakan Internet dan dengan siapa mereka berkawan.

 

Selain ibu bapa, pelbagai NGO dan agensi juga memainkan peranan yang penting untuk memberikan panduan dan sokongan kepada masyarakat berkenaan isu gangguan seksual ini.

 

Buat pengguna Internet, sentiasa berfikir dua kali sebelum berkongsi gambar diri sendiri atau orang lain di sosial media. Tindakan anda boleh merisikokan keselamatan dan maruah anda serta orang lain. 

 

Nor Shahirah Shaik Amir

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia