Menyelak langsir kehidupan

Manis atau pahit kehidupan, bergantung kepada cara kita memandang, sejauh mana kita menghargai kehidupan sendiri dan sesedar mana kita mensyukuri nikmat ILAHI.

 

Jika ada yang bertanya kepada saya, “Apakah definisi yang paling tepat untuk menggambarkan sebuah kehidupan?” Saya tidak akan sesekali segan menjawab kehidupan adalah sebuah perjuangan.

 

Perjuangan untuk kita merasa bahagia walau di dalam hati sarat dengan luka, perjuangan untuk menghadapi satu demi satu muka surat berupa hari dan semestinya perjuangan yang paling agung, berjuang melakukan perkara yang DIA cintai dan reda.

 

Apabila kita menyelak langsir kehidupan sendiri, janganlah kita fokus kepada kekurangan, sebaliknya berusahalah untuk mencari kelebihan dan segala macam nikmat untuk kita syukuri. 

 

Nikmat bangun pagi dan dapat bekerja macam biasa, nikmat melihat wajah orang-orang yang kita sayangi, nikmat merasai kesedapan makanan yang kita suka dan pelbagai lagi nikmat untuk kita semua pandang dengan mata hati.

 

Individu yang bahagia bukan memandang kepada apa yang tidak mereka miliki tetapi jiwa mereka besar dalam menghargai sekecil apa pun nikmat yang mereka punyai.

 

Berbahagialah menelusuri perjalanan sebuah kehidupan kerana hakikatnya, setiap saat itu indah jika kita pandai melihat dari sudut hikmah.

 

Oleh kerana kehidupan ini cukup singkat, sudah tiba masa untuk kita melihat kehidupan dari perspektif berbeza. Pandangan yang betul tentang kehidupan akan menguatkan rohani dan benteng pertahanan jiwa hamba kita dalam melakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan.

 

Jauh dari perasaan hasad dengki, bebas dari cengkaman nafsu yang terkadang liar dan pandangan yang betul melihat kehidupan akan menjadikan kita semua insan yang mampu mentadbir urus diri, hubungan sosial sesama manusia dan sentiasa memperkemas hubungan dengan Allah, pencipta yang menciptakan kita dan seluruh alam.

 

Percaya atau tidak jika saya katakan, “Kita arkitek kehidupan masing-masing”. Maknanya kita individu yang paling dekat dengan diri menentukan corak kehidupan yang kita inginkan, ibarat seorang arkitek yang menentukan lakaran bangunan yang dia inginkan begitulah kita yang perlu ‘design’ bangunan kehidupan kita sendiri.

 

Apa yang mahu kita capai, apa yang mahu kita sumbangkan sebagai masyarakat dan perkara apa yang mahu kita fokus, semua ini kita yang tentukan.

 

Kehidupan menyediakan dua pilihan sama ada untuk kita memilih jalan yang bernama putus asa atau memilih menempuh jalan yang bernama perjuangan. Individu yang bijak dia cukup menghargai kehidupan dan akan memilih untuk menjadi seorang pejuang.

 

Sesungguhnya di sebalik langsir kehidupan, kita akan temui pelbagai cerita hidup dan setiap orang pastinya mempunyai pergelutan yang tertentu dalam meneruskan kehidupan.

 

Individu yang bernama ‘pejuang kehidupan’, mereka menjalani hari satu per satu dan mempunyai kebergantungan yang tinggi kepada Allah. Menyedari kehidupan marupakan satu tarbiah pendidikan jiwa, mereka tidak mudah putus asa sebaliknya gigih dalam mengejar nilai setiap saat.

 

Sama-sama kita menghargai kehidupan yang Allah anugerahkan. Nikmat yang paling indah dan membahagiakan apabila kita merasa kemanisan dalam cerita hidup kita sendiri.

 

Noraini Mohd Din

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia