Langkah Membina Masyarakat Berilmu & Berakhlak Mulia

Sedarkah kita bahawa tidak ada negara yang benar-benar akan maju kecuali apabila rakyatnya berilmu dan berpengetahuan?

Kita menyedari bahawa al-Quran adalah sumber kurniaan yang agung daripada Yang Maha Esa. Maka seharusnya generasi ini menyiapkan dirinya dengan ilmu bagi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan.

Tiada jalan lain untuk bangsa ini diperkukuh dan berpegang teguh kepada akhlak serta nilai-nilainya kecuali melalui pendidikan dan kesedaran serta menyemai semangat dan akhlak al-Quran ke dalam hati para pelajarnya.

Jika rakyat menyibukkan diri dengan menuntut ilmu tanpa mengira usia, barangkali negara akan memiliki rakyat yang berpengetahuan serta tidak mudah diperkotak-katikkan. Seterusnya, budaya “Baratisasi” dan taklid dapat dicegah.

Segalanya boleh dicapai melalui kesedaran seseorang itu dengan membersihkan diri dan fikirannya daripada bidaah serta khurafat di samping mendidik rakyat dengan ilmu-ilmu yang benar lagi betul.

Menuju kesejahteraan 

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab, seterusnya berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Visi bagi membina individu dan masyarakat adalah berdasarkan aspek berikut:

1 – Pendidikan

Pendidikan adalah matlamat bagi membentuk keperibadian mental, psikologi dan tingkah laku. Ia adalah sarana dan alat untuk mencapai matlamat tersebut. Ia adalah pendekatan dan jalan yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin membina negara. Pendek kata, pendidikan adalah asas kepada ilmu dan pengetahuan. 

Yang dimaksudkan dengan pendidikan adalah berkaitan prinsip dan nilai yang dimiliki oleh sesuatu peradaban. Pendidikan bererti proses pembinaan mental, hati dan tingkah laku seseorang iaitu tentang membangunkan keperibadian masyarakat melalui budaya ilmu.

Sebagaimana jelas dapat dilihat dalam misi para nabi, dasar risalah mereka ialah misi pendidikan iaitu menjadikan umatnya berilmu dan berpengetahuan.

Allah SWT memberitahu kita tentang misi para nabi di bumi ini dalam Surah al-Baqarah ayat 151: 

كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِنْكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ

“Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.”

2 – Akhlak

Pendekatan terhadap pendidikan akhlak bergantung kepada kesederhanaan kaedah tanpa menggunakan istilah falsafah yang sukar apalagi kompleks. Berakhlaknya seseorang itu mampu menjadikan dirinya beradab serta berhikmah ketika mendepani orang lain.

Selain itu, aspek kerohanian yang diterapkan kepada individu melalui ilmu pengetahuan menjadikan masyarakat lebih faham, seterusnya menciptakan masyarakat yang lebih harmoni.

Keutamaan akhlak paling penting yang diperoleh daripada sumber-sumber transmisi antaranya ialah berkasih sayang, toleransi, keadilan dan kejujuran.

Negara rahmah mithali hanya dapat dilahirkan sesudah proses pembangunan dan pendidikan rakyat dan masyarakat di dalamnya berlaku secara berterusan dan holistik.

Ia adalah hasil daripada usaha-usaha rakyat yang memiliki disiplin dan kualiti masyarakat yang progresif serta mempunyai visi yang jelas ke arah mana negara dan rakyat ingin digerakkan.

Komprehensif dalam pembaharuan

Reformasi yang ingin dilaksanakan mestilah menyeluruh, tidak memihak dan menangani semua bidang bimbingan moral, budaya dan politik untuk individu dan masyarakat.

Untuk merealisasikan usaha ini, perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian:

  1. Pendirian tegas terhadap unsur-unsur perobohan moral, agama dan sosial dan mengambil langkah-langkah yang perlu.
  2. Membuktikan sejauh mana kaitan antara pemikiran dan tingkah laku serta kepercayaan dan tindakan. Hal ini dapat disahkan dengan bukti sejarah memandangkan kaedah yang digunakan oleh umat Islam awal yang berjaya mengubah dunia adalah dengan akhlak (tingkah laku) dan penerapan Islam kepada diri mereka sendiri sebelum orang lain.
  3. Perlunya kerjasama kehendak, pemikiran dan tindakan. Kerjasama ini merupakan jalan untuk membina keperibadian insan yang bersepadu, baik zahir mahupun batin.

Kesempurnaan manusia bergantung kepada kekuatan ilmu dan kekuatan kehendak serta pemikirannya kerana ia adalah asas kepada akhlak mulia dan tingkah laku yang baik.

  1. Bersandar pada hujah, kejujuran dan advokasi.
  2. Keharusan mempertimbangkan, memahami dan memperbaiki jiwa. Perkara ini adalah perintah Allah dan tuntutan kepada manusia. 

Firman Allah SWT dalam surah asy-Syam ayat 9 dan 10:

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,”

وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

“Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”

Tentunya tugas melahirkan rakyat dan masyarakat yang berilmu, beriman dan berakhlak adalah melalui advokasi keilmuan, kerohanian dan aktivisme iaitu paksi tiga ciri utama berkenaan dengan dasar pentadbiran Islam semasa Manhaj Rabbani.

Masyarakat yang beriman adalah masyarakat yang beradab, mulia peribadinya, memiliki nilai moral dan sivik yang tinggi serta bertamadun. Masyarakat itu juga menghayati nilai murni, mengamalkan sifat yang baik, mengelak daripada sifat terkeji serta melakukan prinsip kesusilaan, berpatutan dengan prinsip Rukun Negara.

Oleh itu, lahirlah golongan yang mementingkan perpaduan dan keharmonian serta tidak akan berlaku perpecahan dan pergaduhan.

Masyarakat yang berilmu, berakhlak dan penyayang perlu disusun atur bagi merealisasikan sebuah Negara Rahmah dengan rakyatnya telah terdidik dengan nilai-nilai kehidupan yang mulia.

Nilai-nilai kemanusiaan yang universal apabila diterapkan dalam diri individu pasti, akan menghidupkan persekitaran yang mesra, membina serta terus membina hubungan dengan semua berasaskan tuntunan akhlak yang mulia.

Justeru, ketika berpindah ke fasa-fasa kehidupan yang lebih mencabar dengan semangat yang lebih berkobar-kobar, pematuhan disiplin perjuangan yang lebih tinggi dan kemesraan lingkungan yang lebih mendalam sentiasa dibimbing oleh maklumat yang cukup, ilmu pengetahuan dan kepakaran.

Masyarakat ini akan sentiasa dibekalkan dengan maklumat yang benar, melakukan libat urus dengan semua pihak secara membina dan berbincang dengan baik.

Mereka akan menyebarkan maklumat, kefahaman dan pengalaman yang berguna kepada lingkungan yang lebih luas agar anggota masyarakat selainnya ikut serta melebarkan santunan kepada lingkungan yang lebih luas lagi.

Atriza Umar
Pegawai Kanan
Jabatan Pendidikan Masyarakat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia