Langkah hantar balik sampah plastik tindakan tepat

IKRAM mengucapkan syabas atas tindakan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), YB Yeo Bee Yin, untuk menghantar semula sisa plastik ke negara asal.

60 buah kontena yang mengandungi 3,000 tan sisa plastik telah ditemui di Pelabuhan Klang dan akan dihantar semula pada hujung Mei ini. Sementara itu, pemeriksaan diteruskan ke atas 123 buah kontena mengandungi sisa dari pelbagai negara termasuklah United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, China, Sepanyol, Kanada, Australia, Belanda, Jerman, Arab Saudi, Singapura, Bangladesh, Norway dan Perancis.

Ketegasan pihak menteri dan MESTECC dalam isu ini harus diberi pujian dalam usaha mencegah pihak-pihak yang tidak beretika dan menjadikan Malaysia sebagai pusat lambakan sampah.

Dalam usaha membangunkan Malaysia Baharu, inisiatif memelihara alam sekitar hendaklah dititikberatkan. IKRAM menggesa agar semua pihak yang terlibat dalam proses import dan eksport sisa plastik yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan.

IKRAM juga akan terus menyokong usaha memelihara alam sekitar di mana ia adalah sejajar dengan nilai Pembangunan Yang Lestari, ciri kesepuluh Negara Rahmah yang diperjuangkan oleh IKRAM. Ini dapat dilihat melalui inisiatif dan pelaksanaan Polisi Hijau dan Rendah Karbon IKRAM.

IKRAM percaya bahawa Negara Rahmah adalah negara yang mementingkan kelestarian alam dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berperanan dalam mewariskan bumi ini dalam keadaan yang baik untuk kemaslahatan generasi yang akan datang.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

*Polisi Hijau dan Rendah Karbon IKRAM: http://bit.ly/polisi-hijau-ikram

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia