Langkah bermula membina mahligai sakinah

Dihadiri sekitar 120 orang peserta dari pelbagai negeri, seminar ini diadakan khusus untuk ahli IKRAM yang masih bujang dan mempunyai calon sama ada yang telah bertunang mahupun yang telah membuat perancangan untuk berkahwin.

Seminar dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Dr. Hj. Mohd Parid Sheikh Ahmad yang menekankan pentingnya membuat persediaan memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan ibubapa selari dengan pendirian Islam.

Antara perkongsian menarik adalah dalam slot pertama bertajuk ‘Di Jalan Dakwah Aku Menikah’ yang disampaikan oleh Naib Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Maznah Daud.

“Maksud jalan dakwah adalah jalan yang mengajak manusia kepada Allah dengan ilmu dan kefahaman yang jelas di mana ia adalah satu perintah bukanlah satu pilihan sebagaimana firman Allah dalam surah Yusuf ayat 108,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa para du’at di jalan dakwah memilih pasangan kerana agamanya agar dapat membina institusi keluarga yang menjadi medan tarbiah paling berkesan dalam melahirkan generasi soleh dan musleh.

Seterusnya slot ‘Masam Manis Rumahtangga’ oleh Mohammad Raswan Othman Mydin membawakan tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan dari segi cara berfikir mendengar, melihat dan berkomunikasi.

“Dengan memahami fitrah dan sifat sebenar lelaki dan perempuan barulah konflik rumahtangga dapat dielakkan,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Puan Hajah Murni Mohd Masaruddin turut berkongsi cara-cara untuk menyimpan wang dan bijak dalam berbelanja agar anak-anak muda tidak dibebani hutang menerusi slot pengurusan kewangan yang bertajuk ‘Fulus Oh Fulus.’

Hari terakhir program diteruskan dengan slot bertajuk ‘Undang-Undang Keluarga’ oleh Sdr. Ahmad Muaz Mohd Nawawi yang membawa perkongsian sekitar fiqh perkahwinan, hak-hak seorang suami dan seorang isteri dari sudut syarak, undang-undang syariah berkenaan keluarga Islam di dalam konteks negara Malaysia.

“Betapa pentingnya pasangan untuk membuat perancangan keluarga seperti berapa bilangan orang anak yang ingin dimiliki agar kita bersedia secara fizikal dan psikologi,” demikian penekanan yang diberikan Prof Dr Harlina Halizah Siraj ketika berkongsi mengenai ‘Pengurusan Kesihatan Seksual Dan Reproduksi’.

Program diakhiri dengan forum ‘Menantu Mertua’ yang terdiri daripada empat panelis utama iaitu Puan Hjh. Kamaliah Noordin, Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Sdr. Mohd Qayyim Hafidzi dan Pn. Nazihah Mohd Rashid serta moderator Hj. Mohamad Yaakub Idris.

Ahli panel berkongsi tentang pengalaman peribadi mereka serta tip-tip sebagai menantu dan juga mertua agar perkahwinan yang akan dilalui dapat berkekalan hingga ke syurga insya-Allah.

Dalam pada itu, para peserta dan juga urusetia yang ditemui menyatakan rasa sangat berpuas hati dengan penganjuran seminar ini dan mengharapkan ia diteruskan pada masa akan datang.

“Saya berasa sangat beruntung dapat mengikutinya dan bagi saya, program dua hari ini sangat padat dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang belum pernah saya dapat di luar sana,” ujar Nur Syazwani Ab. Wahid.

Lagi foto seminar: http://bit.ly/2xf8x7p

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia