Langkah awal kerjasama untuk maju ke hadapan

“Ia sebagai langkah awal daripada usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk mewujudkan kerjasama dalam kalangan negara-negara Islam.

“Insya-Allah, perkara ini boleh dimajukan pada masa depan menerusi usaha-usaha yang lebih berkembang, memasuki bidang-bidang yang lebih strategik,” jelas beliau ketika ditemui selepas persidangan tersebut.

Beliau menyifatkan bahawa langkah ini merupakan satu inisiatif yang baik daripada Tun Mahathir dan berharap melalui usaha ini, faedahnya akan dikongsi bersama oleh umat Islam di negara-negara terlibat.

“Sebenarnya kerjasama seperti ini memang sudah lama ditunggu dan sepatutnya berlaku dalam kalangan negara-negara Islam,” ujarnya.

Beliau memberi contoh, bidang perdagangan dan pelaburan antara negara-negara Islam sendiri perlu diaktifkan supaya mereka ikut serta menyediakan pasaran yang luas melibatkan lebih 1.7 bilion umat Islam sebagai pengguna.

“Dan ini boleh kita lakukan menerusi barter trade, pertukaran barang, jadi kita tidak terdedah kepada tekanan penggunaan Dolar yang berdepan dengan penurunan harga di pasaran,” tambahnya.

Menurut Dr Parid, selain itu, usaha ini akan banyak membantu negara-negara Islam memindahkan pengalaman mereka dan ini akan memperkayakan pengalaman negara tersebut dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi.

“Kita harap pada masa depan, usaha-usaha sebegini akan terus dilakukan supaya sedikit sebanyak kita dapat mengatasi masalah yg dihadapi dalam kalangan umat Islam dan dengan demikian, umat Islam dapat memperkukuhkan kedudukannya di tengah-tengah kancah dunia.”

Beliau yakin negara-negara berfahaman Sunni seperti Malaysia, Turki, Qatar dan Indonesia sebenarnya mempunyai keupayaan yang besar dalam menjayakan usaha-usaha ini.

“Kita menggalakkan wujudnya kerjasama perdagangan, kegiatan ekonomi antara umat Islam. Ahli-ahli IKRAM boleh memainkan peranan untuk mengaktifkan wujudnya hubungan perdagangan antara negara-negara ini,” katanya apabila ditanya sumbangan IKRAM dalam menjayakan usaha ini.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia