IKRAM lancar Sambutan Bulan Keluarga

SERI KEMBANGAN – Selari dengan bulan November sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) turut mengambil kesempatan menganjurkan Sambutan Bulan Keluarga (SBK 2021) dengan tema ‘Keluarga Utuh Kekuatan Negara.’

 

Antara objektif yang ingin dicapai sempena Sambutan Bulan Keluarga adalah untuk melahirkan kesedaran membina keluarga utuh dan memberi kefahaman setiap anggota keluarga dan masyarakat bertanggungjawab membina keluarga utuh.

 

Selain itu,  ia bertujuan mendidik masyarakat berkaitan ketrampilan atau kemahiran utama dalam membina sebuah keluarga utuh iaitu membina hubungan dan kasih sayang, komunikasi efektif dalam membina keluarga bahagia dan cara menyelesaikan konflik serta penyelesaian konflik.

 

“Pertubuhan IKRAM Malaysia mengambil inisiatif menyambut Bulan Keluarga di peringkat pusat, negeri dan institusi-institusi dengan pelbagai bentuk kegiatan bagi mendorong masyarakat mengikut sama menyambutnya,” ujar Presiden IKRAM, Dr Haji Mohd Parid bin Sheikh Ahmad ketika pelancaran sambutan tersebut.

 

Katanya, keluarga yang utuh itu amat penting bagi pembinaan sebuah keluarga yang boleh maju ke hadapan.

 

“Keluarga yang utuh itu adalah hubungan di antara ahli-ahli keluarga berlaku secara harmoni, yang mana bapa mengambil peranan sebagai penaung kepada keluarga keseluruhannya, dan setiap anggota keluarga yang terlibat dalam masyarakat memiliki tanggungjawab bersama.”

 

Justeru, IKRAM menyeru masyarakat agar ikut serta menyambut Bulan Keluarga Kebangsaan ini.

 

Tambahnya, setiap kita memainkan peranan memperteguhkan hubungan yang wujud antara ahli-ahli keluarga ini, saling tolong-menolong, bantu-membantu, bekerjasama, serta menyebarkan nilai-nilai yang baik, sesama mereka.

 

“Supaya dengan demikian, ikatan di kalangan ahli-ahli keluarga ini menjadi kuat, menyebarkan kebaikan dan melarang menyebarkan kemungkaran,” jelas Dr Parid.

 

Tambahnya lagi, keluarga yang utuh seperti inilah asas kepada satu masyarakat yang akhirnya merupakan rakyat kepada sesebuah negara.

 

“Kumpulan Institusi Keluarga Utuh dipertanggungjawabkan melaksanakan Sambutan Bulan Keluarga. Jadi, kami mengajak semua masyarakat di Malaysia menyambut Sambutan Bulan Keluarga ini,” ujar Ketua Kumpulan Fokus Institusi Keluarga Utuh, Haji Nahar Md Nor.

 

Menurutnya, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang bulan ini antaranya Konvensyen Nasional Keluarga Utuh yang akan berlangsung pada 6 November nanti.

 

“Konvensyen tersebut adalah dengan kerjasama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Yayasan Perpaduan Malaysia, Akademi Dr Har, Rumah Teratai, Focus Family Malaysia, Cyber Security Malaysia dan beberapa institusi lainnya.”

 

Dalam pada itu, Haji Nahar berkata, ini sebagai suatu penggemblengan kerjasama antara institusi.

 

“Pertandingan video pendek dengan kerjasama IKRAM Kuala Lumpur dan juga Wanita IKRAM Pusat. Program tersebut terbuka kepada orang ramai, syaratnya video mestilah dalam bentuk cerita yang bertemakan Keluarga Utuh dan berdurasi 3 minit.”

 

Selain itu, pelbagai program di peringkat IKRAM Negeri yang akan turut menyambut Sambutan Bulan Keluarga  ini.

 

Majlis pelancaran hari ini yang dikendalikan oleh Siti Hamisah Manan dan Ismayanti Ab Razak, turut diceriakan dengan slot ‘Celoteh Pak Utih’ (Haji Ahmad Shafiai Uda Jaafar) dan soalan-soalan kuiz serta hadiah untuk para penonton yang berjaya menjawabnya.

 

Institusi Keluarga Utuh adalah salah satu kumpulan fokus dalam Pasukan Kerja Masyarakat Progresif IKRAM yang diketuai oleh Haji Ainullotfi Abdul Latif.

 

Selain itu, tiga lagi kumpulan fokus dalam pasukan kerja tersebut ialah Masyarakat Berintegriti dan Bermaklumat yang diketuai oleh Profesor Dr Omar Yaakob, Masyarakat Prihatin yang diketuai oleh Ainullotfi dan Masyarakat Sihat, Sejahtera dan Selamat yang diketuai oleh Profesor Dr Sahrim Ahmad.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia